web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PDRM Tunggu Dasar KDN Berhubung Kebenaran Jual Bunga Api, Mercun – KPN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 1:20PM

PDRM mengikuti apa jua garis panduan dan dasar ditetapkan KDN, berikutan pelaksanaan perkara tersebut demi menjamin keselamatan orang ramai. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu dasar dan garis panduan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung kebenaran aktiviti pembakaran serta penjualan bungai api dan mercun.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM mengikuti apa jua garis panduan dan dasar ditetapkan KDN, berikutan pelaksanaan perkara tersebut demi menjamin keselamatan orang ramai.

“Saya baru tahu tentang perkara ini dan saya menunggu apakah dasar daripada KDN berikutan pelaksanaan perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir program Hiking Polis Diraja Malaysia Bersama Komuniti Peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Taman Persekutuan Bukit Kiara di sini, hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi, tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu akan dikeluarkan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilaporkan berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri dua hari lalu, sebagai antara langkah yang boleh meningkatkan pendapatan negara dan kerajaan akan mengawal aktiviti penjualannya di peringkat sumber, iaitu pemborong serta pengimport.

Turut hadir pada program itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim.

Mengenai acara membabitkan kira-kira 200 peserta dalam kalangan anggota polis dan masyarakat setempat Bukit Kiara serta wakil penduduk sekitar, Acryl Sani berkata, ia adalah inisiatif pihaknya untuk merapatkan hubungan dengan komuniti.

Ditanya mengenai isu seorang wanita tidak dibenarkan memasuki balai polis kerana tidak menepati etika pemakaian, beliau berkata, kod etika pemakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan harus dipatuhi, namun ia diberikan kelonggaran sekiranya terdapat sebarang hal kecemasan.

Beliau berkata, dalam arahan Ketua Setiausaha Negara, memang ada arahan mengenai tatacara berpakaian apabila berurusan di pejabat kerajaan, namun ketua jabatan atau agensi masing-masing dengan budi bicara akan menentukan bentuk tatacara berpakaian akan dilaksanakan.

“Pejabat kerajaan ini merupakan pejabat yang ramai orang berurusan. Pelbagai lapisan masyarakat ada di situ, jadi kita ingin menunjukkan kepada masyarakat bahawa jabatan kerajaan ini adalah tempat yang masyarakat berurusan dalam keadaan tertib dan sopan.

“… tetapi dalam keadaan kecemasan, mungkin ia boleh dibuat kelonggaran. Kita harus melihat apa bentuk kecemasan tersebut atau kecemasan itu boleh diberi kelonggaran,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang wanita yang mahu membuat laporan polis berikutan kemalangan kereta mendakwa, dia tidak dibenarkan masuk ke balai polis Kajang kerana memakai seluar pendek.

Wanita berkenaan kemudian meminta kakaknya untuk membawakan sepasang seluar panjang dan barulah dibenarkan masuk ke balai itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Kebakaran Di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang