web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berang Kereta Masih Rosak, Lelaki Bakar Mekanik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 9:31AM

Seorang mekanik melecur di bahagian badan selepas dibakar oleh seorang lelaki Kampung Tersusun Balun Bidai, Perak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPUNG GAJAH  - Berang selepas keretanya masih rosak walaupun sudah dihantar untuk dibaiki, seorang lelaki bertindak kejam apabila membakar seorang mekanik di Kampung Tersusun Balun Bidai di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa berusia 37 tahun melecur di seluruh badan pada tahap tiga, selepas dihantar ke Hospital Changkat Melintang, Bota oleh seorang lelaki.

Difahamkan, mangsa melecur dari kepala hingga pinggang dan kaki kanan dengan kesan terbakar 46 peratus.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, polis sudah menahan empat lelaki berusia 30 hingga 50 tahun termasuk dua beradik yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.

Katanya, keempat-empat suspek ditahan di lokasi berasingan sekitar daerah itu dan siasatan awal mendapati, kejadian berpunca apabila seorang daripada suspek tidak berpuas hati kerana kereta dihantar adiknya untuk dibaiki masih rosak.

“Berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa sebelum lelaki tersebut meminta rakannya yang berusia 39 tahun membeli minyak petrol di kedai runcit berhampiran.

"Suspek menyimbah bahan bakar itu atas kepala mangsa sebelum dia menyalakan api dengan menggunakan penyembur aerosol dan pemetik api, yang kemudian menyambar mangsa di halaman rumah dan menyebabkannya terbakar.

"Dua beradik berkenaan selepas itu cuba memadamkan api dengan menggunakan air paip di luar rumah," katanya.

Barudin berkata, adik suspek berusia 42 tahun kemudian menghubungi seorang lagi rakan mereka untuk membawa mangsa ke hospital dengan upah RM100.

“Sebelum dihantar ke hospital oleh lelaki berusia 30 tahun itu, seorang daripada suspek menukar pakaian mangsa yang terbakar.

“Mangsa ditinggalkan di tempat letak kereta di hadapan wad kecemasan hospital dan pemeriksaan mendapati, terdapat kesan terbakar pada tubuh mangsa yang ketika itu masih sedar dan mampu bercakap,” katanya.

Barudin berkata, mangsa kini dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut pada jam 2.50 pagi semalam.

“Ujian air kencing mendapati semua mereka positif methamphetamine dan direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

“Pemeriksaan perubatan turut dilakukan ke atas semua suspek dan seorang daripada mereka didapati mempunyai kesan terbakar pada tangan kanan,” katanya. – Getaran, 1 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki