web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perdana Menteri Harus Beri Jaminan Mahasiswa 'Dilindungi' Jika Bersuara Mengkritik Kerajaan 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 9:37PM

Golongan itu perlu dilindungi dan didorong untuk bersuara tanpa ada sebarang rasa takut atau halangan daripada mana-mana pihak. - Gambar hiasan pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi jaminan agar mahasiswa tidak terdedah kepada sebarang intimidasi daripada universiti serta autoriti sekiranya mengkritik kerajaan. 

Ketua Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK), Aliff Naif Mohd Fizam berkata, golongan itu perlu dilindungi dan didorong untuk bersuara tanpa ada sebarang rasa takut atau halangan daripada mana-mana pihak. 

"Mahasiswa seharusnya dibenarkan bersuara, berhimpun dan mengkritik tanpa dipanggil oleh polis atau pentadbiran universiti.

"Sudah tamat era mahasiswa dimomokkan dengan ugutan daripada autoriti hanya kerana menyatakan pandangan bersifat kritikan dan melawan," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri yang membuka ruang kepada mahasiswa di universiti awam mahupun swasta sekiranya mempunyai sebarang kritikan atau teguran kepada kepemimpinan kerajaan.

Anwar sebelum ini menegaskan, kerajaan terbuka untuk dikritik dan ditegur namun ruang memberi pandangan itu tidak termasuk dalam hal yang mencerca, melibatkan isu perkauman serta fahaman agama yang melampau.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Anwar menegaskan, pihaknya mahu KPT meninggalkan amalan lama yang telah lapuk dan menggalakkan pelajar untuk berfikiran lebih kritikal dan kreatif.

Dalam pada itu, Aliff Naif berkata, pihaknya amat mendokong sikap keterbukaan Perdana Menteri yang telah memberi ruang kepada mahasiswa untuk mengutarakan pandangan mereka terhadap pemerintah. 

Beliau berkata, ia adalah langkah penting dalam mempromosikan demokrasi yang mampu memastikan suara mahasiswa sebagai mekanisme semak dan imbang kepada kerajaan mampu didengari  serta dihormati. 

"Dari sini, sebuah suasana baharu universiti dapat dibentuk supaya menjadi lebih kritikal seiring aspirasi kerajaan untuk mewujudkan kesatuan mahasiswa di seluruh negara.

"Sudah tentu, seperti yang ditekankan juga Perdana Menteri bahawa kritikan itu perlu berasaskan fakta dan tidak didasari sifat perkauman melampau," katanya. 

Dengan kebebasan mengkritik itu, Aliff Naif berkata, mahasiswa yang mahu bersuara menegur kerajaan harus bertanggungjawab ke atas kenyataanya agar tidak melanggar prinsip hidup masyarakat majmuk dan konsep Malaysia Madani. 

"Kami juga menyeru kepada mahasiswa lain untuk berani mengutarakan pandangan dan menyampaikan kritikan yang membina bagi pembangunan negara. 

"Kami berharap bahawa dengan kenyataan Perdana Menteri ini, akan ada lebih banyak ruang bagi mahasiswa untuk menyumbang dan berpartisipasi dalam memastikan kepentingan negara serta mahasiswa terus diambil kira," katanya. - Getaran, 16 Februari 2023




 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global