web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hak Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara Bukti Kerajaan Tidak ‘Retorik’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 7:00AM

Juwairiya berkata, tindakan itu sejajar dengan semangat Malaysia Madani yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan memberikan kerakyatan Malaysia kepada anak dilahirkan di luar negara oleh wanita tempatan yang berkahwin dengan rakyat asing membuktikan reformasi institusi dan undang-undang bukan sekadar retorik politik kerajaan perpaduan.

Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli berkata, tindakan itu sejajar dengan semangat Malaysia Madani yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

“Sudah bertahun lamanya isu ini berlegar dan tidak diberikan pengadilan sewajarnya, terutamanya kepada anak-anak yang terkesan kerana kekangan undang-undang sedia ada.

“Saya kira ini merupakan satu keputusan dan berita baik buat anak dan juga ibu yang terkesan,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam mengumumkan, kerajaan bersetuju memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuatkuasa undang-undang kepada anak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jemaah Menteri setelah meneliti dan bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, mencakupi Bahagian I Seksyen 1(1)(d) dan Seksyen 1(1)(e) dan Bahagian II, seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua.

Mengulas hal itu, Saifuddin berkata, keputusan berkenaan sejajar dengan komitmen kerajaan perpaduan untuk mengiktiraf kesamarataan wanita dan lelaki serta menyingkirkan diskriminasi terhadap wanita di negara ini.

Jelas beliau, cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara ini adalah untuk menggantikan perkataan ‘bapanya’ dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan ‘sekurang- kurangnya seorang daripada ibu bapanya’ bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapat hak seadilnya menurut Perlembagaan Persekutuan.

“Pindaan yang lain berkaitan kewarganegaraan terutamanya Bahagian III akan dikaji dengan lebih terperinci oleh jawatankuasa yang ditubuhkan dibawah Kementerian Dalam Negeri.

Sehubungan itu, Juwairiya yang juga Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati berkata, tindakan itu akan memberikan hak kepada mereka yang terkesan untuk menurunkan kewarganegaraan kepada anak-anak dilahirkan di luar negara secara automatik.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan akan menyokong dengan jitu keputusan yang telah dibuat oleh Kabinet.

“Anak-anak bagi kes kewarganegaraan yang terhalang ini harus segera dibantu untuk mendapatkan kewarganegaraan di bawah Artikel 15 (A) Perlembagaan Persekutuan,” katanya. - Getaran, 19 Februari 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Benar! Kerajaan Tidak Beri Status Kerakyatan Kepada 54,000 Warga China - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerakyatan Anak Lahir Di Luar Negara: Mahkamah Persekutuan Beri Kebenaran Ibu Merayu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kewarganegaraan Automatik Untuk Anak Lahir Luar Negara Daripada Ibu Malaysia

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara, Pemuda UMNO Gesa AG Tarik Rayuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 20 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 14 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok