web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


31 Keldai Sindiket Penipuan Berjaya Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 9:00PM

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, pihaknya telah membuka sebanyak 29 kertas siasatan melibatkan kerugian berjumlah RM2.82 juta - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 31 individu disyaki keldai akaun kepada sindiket penipuan dalam talian di daerah ini beriaya ditahan sejak awal Januari hingga 20 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah membuka sebanyak 29 kertas siasatan melibatkan kerugian berjumlah RM2.82 juta.

Menurut beliau, sindiket tersebut menyasarkan individu terdesak dan menawarkan upah antara RM200 hingga RM2,000 bagi setiap transaksi, yang membuatkan pemilik akaun sanggup menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan nombor pin kepada penjenayah.

"Mereka menggunakan modus operandi dengan menawarkan iklan di media sosial atau melalui rakan dengan jumlah bayaran tertentu.

"Alasan yang biasa digunakan adalah untuk tujuan perniagaan, atau untuk ahli keluarga memasukkan wang kerana tiada akaun bank sendiri," katanya hari ini. 

Mohamad Fakhrudin berkata, ada juga individu menjadi mangsa apabila akaun mereka dipergunakan sindiket penipuan terbabit selepas berlaku kehilangan kad ATM. 

Menurut beliau, pihaknya dapat membezakan mangsa keldai akaun atau individu bersubahat dengan melihat laporan polis yang pernah dibuat.

"Bagi mangsa keldai akaun, kebiasaannya kehilangan kad ATM dan laporan polis akan dibuat untuk melindungi mereka daripada perkara berbangkit di kemudian hari.

"Manakala bagi mereka yang bersubahat dengan sindiket, akaun keldai yang dimiliki mereka biasanya lebih mempunyai hubungan dengan sindiket," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fakhrudin berkata, kesemua individu berkenaan sudah dituduh di mahkamah, mengikut Seksyen 424 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara, denda atau kedua-dua sekali.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar segera membuat laporan polis sekiranya kehilangan sebarang dokumen diri yang penting. 

"Ini bagi mengelakkan daripada  sindiket menggunakan maklumat tersebut untuk aktiviti-aktiviti haram.

"Jangan benarkan individu lain menggunakan akaun peribadi kita tanpa menyiasat kesahihan alasan yang diberi. Lindungi diri daripada menjadi mangsa keldai akaun," katanya. - Getaran, 22 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula