web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PDRM Sahkan Tentera Lepas Tembakan Ketika Kejar Suspek Seludup Ketum

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Feb 2023 2:58PM

Anggota tentera yang membonceng motosikal melepaskan beberapa das tembakan itu selepas dihimpit kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung insiden anggota tentera melepaskan tembakan ketika mengejar suspek disyaki penyeludup ketum di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, semalam. 

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, anggota tentera yang membonceng motosikal melepaskan beberapa das tembakan itu selepas dihimpit kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand.

Menurutnya, tindakan terbabit dilakukan selepas sepasukan anggota tentera yang membuat rondaan, bertindak mengekori kenderaan yang keluar dari kawasan hutan dan dipandu dalam keadaan mencurigakan itu. 

“Pasukan tentera sebelum itu mengarahkan kenderaan terbabit berhenti, tetapi pemandunya terus memecut sehingga terpaksa dikejar.

“Tembakan dilepaskan menyebabkan Toyota Hilux itu terbabas sehingga menyebabkan ia hampir melanggar kenderaan awam, “ katanya menerusi kenyataan. 

Bagaimanapun, Mulkiaman berkata, tiada sebarang kejadian atau kecederaan ke atas orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

Mulkiaman memaklumkan, kes disiasat di bawah kanun keseksaan dan Akta Racun 1952.

“Sehubungan itu, polis menggesa masyarakat dan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan. 

“Ini kerana kes masih dalam siasatan pihak polis,” katanya. 

Terdahulu, Tentera Darat menumpaskan sindiket penyeludupan daun ketum dengan rampasan kira-kira satu tan bahan itu bernilai RM38,000, di kawasan Kuala Nerang, dekat Padang Terap, semalam.

Jurucakap Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan, pasukan anggotanya yang sedang menjalankan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand pada 12.30 tengah hari.

“Kenderaan dipercayai membawa daun ketum untuk diseludup keluar itu, memecut apabila menyedari kehadiran pasukan berkenaan dan ia dikejar Kumpulan Ronda Bermotosikal Tentera Darat sehingga menyebabkan kemalangan. 

“Kemalangan itu menyebabkan dua suspek lelaki warga tempatan di dalam kenderaan berkenaan mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Kenyataan sama memaklumkan, kes tersebut diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut dan kedua-dua suspek yang berumur 29 dan 31 tahun, direman empat hari bermula hari ini. 

Jelasnya, tentera darat akan terus komited untuk memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan. - Getaran, 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

3

Semasa 6 bulan yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Penyamun Diberkas, 20 Kes Samun ATM Berjaya Diselesaikan - Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 21 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula