web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siasatan Kes Mohd Nazlan Perlu Didedahkan - Puad Zarkashi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Feb 2023 11:13AM

Mohd Nazlan Ghazali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa untuk tidak lagi berdolak-dalik berhubung laporan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan Hakim Mohd Nazlan Ghazali yang sudah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said seolah membayangkan ada kes sedang berlaku.

“Walaupun Azalina tidak berterus terang, tetapi kenyataan ‘jika memenuhi elemen pertuduhan’  macam ada kes.

"Menurut Azalina, SPRM serah hasil siasatan kepada Ketua Hakim Negara pada 21.2.23. Peguam Negara juga telah menerima laporan yang sama.

Kenyataan menteri dibuat di parlimen. Jangan ada dolak dalik selepas ini," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Mohd Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor turut menuntut laporan siasatan Nazlan didedahkan kepada orang ramai.

"Maka diharap Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara ambil tindakan segera demi keadilan.

"Dedahkan sahaja laporan siasatan itu kepada orang ramai. Rakyat sudah penat menunggu," katanya. 

Semalam, di Dewan Rakyat, Azalina memaklumkan Laporan SPRM berhubung siasatan ke atas isu kebocoran penyiasatan berkaitan Hakim Mahkamah Rayuan itu telah selesai dijalankan.

Menurutnya, laporan tersebut telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Jelasnya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh SPRM melalui surat bertarikh 21 Februari 2023.

Bagaimanapun katanya, tiada maklumat lanjut mengenai perkara itu dimaklumkan dalam surat berkenaan.

SPRM sebelum ini dilapor membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan, susulan laporan polis yang menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin, kononnya ada sejumlah wang yang tidak dapat ditentukan punca dalam akaunnya.

Pada 29 September tahun lalu, SPRM mengesahkan sudah menyelesaikan kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan dan hanya menunggu arahan yang akan diberikan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. - Getaran, 24 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 21 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 15 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan