web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sanggup Redah Banjir Cuba Hantar Makanan, Tindakan Abang Salleh Undang Sebak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Mar 2023 8:39PM

Tangkap layar video media sosial menunjukkan seorang lelaki cuba meredah arus deras banjir untuk menyampaikan bantuan ke sebuah PPS di Johor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki sanggup bergadai nyawa meredah arus deras banjir dengan menggunakan tali demi menghantar makanan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di sebuah sekolah di Johor, sehingga mengundang pujian dan sebak dalam kalangan warga netizen.

Rakaman video berdurasi 26 saat dikongsi pengguna akaun TikTok bernama Zurainiswarno yang memaparkan tindakan lelaki itu, menunjukkan dia yang dikenali sebagai Abang Salleh, sedaya upaya bertahan dalam arus deras bagi menyampaikan bantuan tersebut.

Malah, menerusi rakaman video yang tular sejak malam tadi itu, kelihatan beberapa mangsa banjir membantu individu terbabit dengan memegang kuat tali bagi membolehkannya sampai ke PPS berkenaan.  

Bagaimanapun, cubaan Abang Salleh gagal berikutan arus terlalu deras, sehingga memaksanya berpatah balik.

Difahamkan, lokasi berkenaan adalah di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chaah, Segamat yang dijadikan PPS selepas kawasan perumahan berhampirannya dinaiki air.  

Sementara itu, rata-rata warga maya menerusi ruangan komen paparan video berkenaan, bersimpati dan mendoakan agar mangsa banjir tabah berdepan musibah.  

Warga maya juga mengharapkan pihak berkuasa dan pelbagai pihak, khususnya gabungan bukan kerajaan (NGO) diberi perlindungan dan kekuatan dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.  

“Semoga mangsa banjir selamat dan dipermudahkan segala urusan, sentiasa memberi sokongan,” kata Hawa.  

“Semoga diselamatkan semua dari bahaya. Ya Allah, terutama abang yang cuba menyelamatkan ini, semoga kebaikannya Allah sahaja yang membalas,” tulis seorang pengguna.  

“Ya Allah, engkau lindungilah mangsa banjir dan permudahkan segala urusan mereka ... Tak mampu menahan air mata,” luah pengguna lain pula.

Terdahulu, sebanyak 247 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam negeri setakat jam 6 petang tadi, bagi menempatkan 29,828 penduduk yang terjejas akibat banjir sejak kelmarin.

Jumlah itu membabitkan mangsa daripada 8,382 keluarga di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak.  

Johor terus mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi, iaitu 27,136 daripada 7,641 keluarga dengan 206 PPS dibuka di negeri berkenaan.

Antara daerah terjejas di situ adalah Segamat, Kota Tinggi, Kulai, Kluang, Pontian, Johor Bharu, Mersing, Muar, Tangkak dan Batu Pahat. - Getaran, 2 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 22 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula