web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lori Tiada Cukai Jalan 12 Tahun, Pemandu Tetap Selamba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 8:20PM

Polis memeriksa lori yang ditahan dalam Op Perdagangan (timbang berat) di Plaza Tol Teluk Intan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), di Teluk Intan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Walaupun tahu lori dipandu tidak mempunyai cukai jalan lebih 12 tahun, seorang pemandu tetap nekad memandu kenderaan itu, dengan memberikan alasan terpaksa berbuat demikian atas arahan majikan.

Alasan tersebut diberikan lelaki berusia 41 tahun itu sebaik ditahan polis dalam Op Perdagangan (timbang berat) di Plaza Tol Teluk Intan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), di sini, hari ini. 

Sebaik ditahan, lelaki berkenaan yang turut membawa lebih muatan dalam lori dipandunya cuba melarikan diri, namun tindakan pantas anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya membawa kepada penahanannya.

Operasi terbabit dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak.

Ia turut menerima kerjasama JPJ Perak dan dilakukan di beberapa lokasi sekitar Teluk Intan dan Hutan Melintang bermula jam 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, pemeriksaan dijalankan pada kenderaan berat dalam operasi itu mendapati kebanyakan kesalahan melibatkan muatan berlebihan dan ketiadaan cukai jalan.

Menurutnya, operasi yang dijalankan bagi mengenalpasti kesalahan dilakukan kenderaan berat menjelang Aidilfitri itu berjaya menahan 10 lori atas pelbagai kesalahan.

“Lori yang tidak mempunyai cukai jalan lebih 12 tahun itu turut didapati sudah uzur termasuk tayar botak namun pemandunya masih berani memandu kenderaan terbabit, walaupun jelas berbahaya.

“Pemeriksaan mendapati pemandu lori mempunyai lesen memandu namun memberikan alasan terpaksa membawa lori yang tidak mempunyai cukai jalan itu atas arahan majikan,” katanya pada sidang media di IPD Hilir Perak di sini, hari ini. 

Ahmad Adnan berkata, turut disita ialah lima kenderaan berat atas kesalahan salah guna permit, beroperasi ketika permit ditahan dan tiada lesen memandu.

Operasi terbabit turut mengeluarkan sepuluh saman, masing-masing lima oleh polis dan JPJ.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 57(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (lebih muatan) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemilik atau pengusaha kenderaan berat perlu memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan mematuhi undang-undang bagi mengelakkan berlakunya kemalangan, terutama apabila membawa lebih muatan,” katanya. - Getaran, 3 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi