web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AS Sedia Tawar Program Latihan Pertanian Kepada Malaysia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 3:19PM

Isu sekuriti makanan dan kerjasama teknikal antara perkara yang dibincangkan pada pertemuan kali pertama antara Mohamad dan McFreeters. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS) menyatakan kesediaan untuk menawarkan pelbagai program latihan jangka pendek dan panjang dalam bidang pertanian yang boleh dimanfaatkan oleh Malaysia.

Perkara tersebut dimaklumkan Duta Besar AS di negara ini, Brian McFreeters ketika mengunjungi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini, kelmarin. 

Jurucakap Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) menerusi satu kenyataan memaklumkan, isu sekuriti makanan dan kerjasama teknikal antara perkara yang dibincangkan pada pertemuan kali pertama antara kedua-dua pemimpin itu. 

Menurut beliau, pertemuan berkenaan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dalam bidang pertanian.

“Dalam pertemuan itu, Mohamad menekankan tentang isu yang menjejaskan sekuriti makanan di negara ini merupakan isu global yang turut memberi kesan kepada negara lain.

“Justeru, adalah penting untuk kedua-dua negara bekerjasama untuk meningkatkan penghasilan makanan melalui penggunaan teknologi pintar dan kecerdasan buatan (AI),” katanya, hari ini.

Pada masa sama, MAFS berkata, kedua-dua negara turut bersedia untuk memperkukuhkan kerjasama perdagangan dalam sektor pertanian. 

Katanya, perkara terbabit selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.

“AS merupakan rakan dagang pertanian berpotensi tinggi untuk terus diperkembangkan. 

“Pertemuan ini turut dihadiri oleh pegawai kanan (MAFS) serta pegawai dari Kedutaan Besar AS di Malaysia,” katanya. 

Untuk rekod, terdapat peningkatan nilai dagangan pertanian antara Malaysia dengan AS bagi tempoh Januari hingga November 2022 iaitu RM13.24 bilion berbanding RM12.55 bilion pada 2021. - Getaran, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

4

Luar Negara 5 bulan yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 22 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan