web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laksana Segera Akta Pendanaan Politik Elak Salah Guna Kuasa, Penyelewengan - MCW

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 5:00PM

Rakyat faham dan tahu bahawa draf akta berkenaan sudah siap sejak 2016, tetapi belum ada inisiatif untuk melaksanakannya setakat ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyegerakan pelaksanaan Akta Pendanaan Politik bagi mengekang gejala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di negara ini.

Jurucakap Badan Pemerhati Rasuah (MCW) menerusi satu kenyataan memaklumkan, rakyat faham dan tahu bahawa draf akta berkenaan sudah siap sejak 2016, tetapi belum ada inisiatif untuk melaksanakannya setakat ini.

Menurut beliau, parti politik khususnya memerlukan perundangan tersebut dengan segera, tambahan pula semakin banyak kes melibatkan tuduhan salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan ahli serta parti politik sejak kebelakangan ini.

“MCW yakin kepercayaan rakyat terhadap kerajaan perpaduan ini akan meningkat jika ia dilaksanakan segera. Inilah perintis penting kepada konsep Malaysia Madani.

“Akta Pendanaan Politik penting demi memastikan parti politik dapat beroperasi secara telus dan jujur dalam pengumpulan dana dan perbelanjaannya,” katanya.

Pada masa sama, MCW menegaskan semua pihak seharusnya mencegah pengaruh yang tidak wajar akibat pendanaan yang tidak teratur dan tidak terkawal.

Beliau berkata, semua sumber dana yang diterima oleh parti politik juga mestilah dari sumber yang sah dan tidak merosakkan proses demokrasi.

Tegasnya, integriti dan kepercayaan terhadap sistem politik negara adalah sangat penting.

“Akta Pendanaan Politik sangat penting dalam menjaga integriti dan ketelusan dalam sistem politik negara. 

“Ia perlu demi memastikan proses demokrasi berjalan lancar dan adil serta meminimumkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa dalam politik,” katanya. 

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan perpaduan komited dalam meneruskan rancangan mewujudkan Akta Pendanaan Politik bagi menambah baik landskap politik negara.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, akta terbabit akan diwujudkan selepas pihak berkaitan meneliti perkara tersebut sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemilihan.

“Kita sudah memberikan penjelasan dan ada komitmen untuk teruskan (laksanakan rancangan).

“Tetapi di peringkat awal selepas kita lihat laporan yang dikemukakan, saya percaya agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan parti politik akan meneliti sebelum ia dikemukakan ke Jawatankuasa Pemilihan,” katanya di Dewan Rakyat, baru-baru ini. - Getaran, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 15 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 15 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 21 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula