web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siasatan SPRM Terhadap Nazlan Tidak Patuhi Protokol, Tanpa Kebenaran Ketua Hakim Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 11:17AM

Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Ghazali mencetuskan persoalan berhubung status siasatan kes itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Ghazali kerana gagal mematuhi protokol mencetuskan persoalan berhubung status siasatan kes itu.

Bercakap kepada The Vibes, beberapa peguam berpendapat, kegagalan suruhanjaya itu mematuhi protokol tertentu, termasuk mendapatkan kebenaran daripada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat untuk memulakan siasatan dan merahsiakan siasatan, boleh menjejaskan kredibiliti laporan akhir.

Mantan Presiden Badan Peguam Malaysia, Salim Bashir Bhaskaran berkata, sebarang siasatan terhadap hakim yang sedang berkhidmat, mesti memenuhi standard tertinggi penyiasatan dan ketelusan, demi ‘memelihara prinsip suci kebebasan kehakiman’.

Salim Bashir Bhaskaran - Tangkapan layar
Salim Bashir Bhaskaran - Tangkapan layar

“Siasatan SPRM (terhadap Nazlan) berdiri sendiri secara bebas, tetapi berdasarkan apa dinyatakan Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya, ketidakpatuhan protokol tertentu semasa siasatan boleh ‘mencemarkan’ proses wajar (siasatan),” katanya.

“Sebarang bentuk tindakan cagaran untuk mencemarkan nama baik badan kehakiman dan menggagalkan prosiding yang adil dengan cara menjengkelkan mesti dikutuk,” katanya.

Menyuarakan pandangan sama, peguam Lim Wei Jiet berkata berdasarkan pemahamannya terhadap penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung saman dibawa tiga peguam untuk mencabar siasatan SPRM, suruhanjaya itu sudah melanggar undang-undang.

“Daripada pembacaan saya tentang (mengenai) alasan penghakiman, nampaknya siasatan SPRM (terhadap Nazlan) bertentangan dengan undang-undang.

“SPRM perlu memulakan semula siasatan mereka berdasarkan protokol ditetapkan Mahkamah Persekutuan dalam perenggan 81 penghakiman,” katanya.

Lim Wei Jiet - Gambar Facebook LexisNexis Malaysia
Lim Wei Jiet - Gambar Facebook LexisNexis Malaysia

Perenggan dokumen penghakiman dipetik Lim itu, menggariskan satu set protokol yang mesti diikuti apabila hakim disiasat.

Satu daripada peraturan, menyatakan bahawa badan penyiasatan jenayah yang berkaitan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Hakim Negara untuk menyiasat mana-mana hakim, malah tidak boleh atas kehendak sendiri menghebahkan atau mengiklankan fakta atau kandungan siasatan hakim mahkamah atasan, tanpa kebenaran pihak berkuasa Ketua Hakim Negara.

Ia juga menyatakan bahawa kandungan penyiasatan terhadap hakim mesti dirahsiakan pada setiap masa kerana ‘aduan berkemungkinan benar atau palsu sepenuhnya dan dikira untuk merosakkan kredibiliti atau reputasi hakim’.

“Pendakwa raya juga perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara semasa memberi arahan semasa siasatan dan berhubung keputusannya untuk mendakwa,” tambahnya.

 

Prinsip kebebasan kehakiman adalah suci

Pensyarah kanan undang-undang, Daniel Abishegam menegaskan, protokol itu bukan cara untuk memberi hakim ‘keistimewaan atau kekebalan’, sebaliknya bertujuan memastikan kebebasan kehakiman secara keseluruhan.

Daniel Abishegam - Gambar Facebook CourseAdvisor.asia
Daniel Abishegam - Gambar Facebook CourseAdvisor.asia

“Hakim tidak perlu takut untuk mengadili dengan cara tertentu disebabkan kemungkinan akibat yang mungkin berlaku kepada mereka.

“Keputusan mahkamah tinggi (terhadap SPRM) secara berkesan adalah teguran dan contoh untuk siasatan masa depan ke atas anggota badan kehakiman yang bersidang,” katanya sambil menegaskan keputusan itu tidak bermakna hakim ‘mempunyai imuniti dan boleh melakukan apa sahaja jenayah yang mereka mahukan,” katanya.

Tambahnya, walaupun protokol seperti itu bukan ‘undang-undang bertulis’, keputusan Mahkamah Persekutuan mengikut prinsip kebebasan kehakiman adalah suci.

“Protokol ini sesuai dan munasabah, memberikan idea perlembagaan penting yang dilindungi.

“Jika SPRM mahu meneruskan siasatan, mereka boleh. Cuma siasatan mesti dilakukan dengan berunding bersama Ketua Hakim Negara,” kata Daniel yang juga Pengarah Akademik Advance Tertiary College.

Nazlan adalah hakim yang membicarakan kes SRC International mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mahkamah tinggi dan mendapati bekas Ahli Parlimen Pekan itu bersalah atas dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram, sekali gus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Bagaimanapun, April lalu, SPRM mengumumkan siasatan terhadap hakim itu selepas menerima laporan mengenai jumlah tidak dapat dijelaskan sebanyak RM1 juta dalam akaun bank Nazlan. – The Vibes, 4 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini