web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayaran Goldman Sachs Tak Sepatutnya Jadi Isu Lepas Najib Dipenjara - Puad  

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 4:00PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan kaedah penyelesaian skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bank Goldman Sachs dengan kerajaan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dibangkitkan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.  

Beliau berkata, jumlah bayaran balik yang sedikit tidak menjadi isu selepas kerajaan ketika itu berpuas hati apabila misi memenjarakan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tercapai.  

Menurutnya, dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Tommy Thomas membatalkan perjanjian supaya syarikat yang menguruskan dana kekayaan di Abu Dhabi itu, membatalkan bayaran balik kepada 1MDB pada 10 Disember 2020.

“Mungkin motifnya ialah naratif wang 1MDB ‘kekal hilang’ boleh dimainkan?

“Najib adalah mangsa politik. Memang kartun,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.  

Sehubungan itu, Puad menegaskan, Johari sewajarnya membuat desakan secara total.

“Bukan sahaja Goldman Sachs dan pegawai kanannya patut didakwa, tetapi siasat juga kenapa kerajaan dahulu tidak mahu mengambil tindakan tegas terhadap mereka” katanya.

Malah, katanya, Johari seharusnya lebih berani mendedahkan muslihat politik itu yang mana tujuannya ialah menjadikan Najib ‘korban politik’.

“Sebab itu ramai penipu apabila tidak didakwa. Mereka dijadikan ‘crown witness’.

“Matlamatnya ialah untuk memenjarakan Najib sahaja. Ada pula saksi penting seperti Jho Low dan Nik Faisal tidak dibawa balik hingga ke hari ini. Macam disengajakan?,” katanya.

Terdahulu, mantan Menteri Kewangan II itu ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Parlimen baru-baru ini, mempersoalkan kaedah penyelesaian dalam skandal 1MDB membabitkan bank Goldman Sachs yang disifatkan tidak adil.

Beliau berkata, ia membabitkan penyelesaian berjumlah AS$2.5 bilion (RM10.7bilion) terhadap AS Goldman Sachs berhubung peranannya dalam skandal 1MDB, walaupun bank itu berjaya mengumpul bon AS$6.5 bilion (RM27.6 bilion) pada tahun 2012 dan 2013.  

Malah, beliau mempersoalkan beberapa pihak pengurusan bank itu yang tidak dikenakan tindakan, sebaliknya hanya seorang sahaja individu diheret ke muka pengadilan. - Getaran, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 3 bulan yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 22 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan