web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Biar Anak Taksub Media Sosial Hingga ‘Merosakkan’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 7:13AM

Penggunaan media sosial membabitkan pelajar sekolah, termasuk pelajar sekolah rendah sememangnya sudah menjadi lumrah, sejajar dengan perkembangan teknologi - Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akses terlalu mudah terhadap penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar sekolah ketika ini, dibimbangi memberi kesan mudarat dan tidak terkawal sekiranya tidak dipantau, malah berisiko mengundang impak negatif terhadap kehidupan mereka. 

Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Sahsiah, Maahad Tahfiz Al-Quran Al Imam An Nawawi (MATIM), Mohd Akmal Abd Rahman berkata, penggunaan media sosial membabitkan golongan itu, termasuk pelajar sekolah rendah sememangnya sudah menjadi lumrah, sejajar dengan perkembangan teknologi.

Namun, katanya, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam mengawal aktiviti dan komunikasi anak mereka di media sosial bagi mengelakkan berlaku sebarang tindakan melampaui batas agama.

Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam mengawal aktiviti dan komunikasi anak mereka di media sosial - Gambar hiasan Unsplash
Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam mengawal aktiviti dan komunikasi anak mereka di media sosial - Gambar hiasan Unsplash

“Ibu bapa perlu memberikan didikan agama kukuh kepada anak sebagai pendinding agar mereka dapat mengelak daripada keburukan media sosial, tanpa menafikan kewujudannya juga mempunyai banyak manfaat.

“Oleh itu, setiap ibu bapa perlu sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka supaya generasi muda masa kini, sentiasa hidup dalam keadaan tunduk serta patuh kepada perintah Allah dengan tidak melanggar syariat ditetapkan,” katanya.

Mohd Akmal berkata, pendidikan seimbang yang meliputi penjagaan menyeluruh dan lengkap juga, wajib disediakan ibu bapa untuk setiap anak. 

Katanya, agama Islam juga amat menekankan aspek pendidikan rohani, jasmani, intelektual dan emosi dalam kehidupan setiap umatnya.

Beliau berkata, dari segi hukum, ibu bapa wajib menyediakan pendidikan sempurna kepada anak. 

Pendidikan seimbang yang meliputi penjagaan menyeluruh dan lengkap juga, wajib disediakan ibu bapa untuk setiap anak - Gambar Hiasan Pexels
Pendidikan seimbang yang meliputi penjagaan menyeluruh dan lengkap juga, wajib disediakan ibu bapa untuk setiap anak - Gambar Hiasan Pexels

“Adalah haram hukumnya untuk ibu bapa mengabaikan tanggungjawab dalam memberikan pendidikan sempurna kepada anak masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Akmal berkata, anak adalah seperti kain putih kepada ibu bapa yang perlu bertanggungjawab mencorakkannya dengan berpaksikan kepada ajaran agama Islam.

“Menerusi hadis diriwayatkan Imam al- Bukhari daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ‘setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah), maka ibu bapa lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi’.

“Disebabkan itu, pentingnya tanggungjawab ibu bapa, khususnya dalam mengawal pergaulan anak mereka di media sosial agar tidak terjerumus dengan lembah dosa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, media sosial boleh menjadi elemen perosak kepada generasi baharu seandainya penggunaannya melebihi kebaikan dan tidak terkawal.

“Justeru, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka untuk mencuba pelbagai aktiviti lain selagi tidak melanggar batasan.

“Malah mereka perlu meneladani Rasulullah SAW yang mana baginda menyeru ibu bapa untuk berkawan dengan anak berumur 15 hingga 21 tahun,” katanya. - Getaran, 6 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 15 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok