web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


IPR: Negeri Miskin Tegar Fokus Utama Kerajaan, Sasar Lebih Banyak Penyertaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 10:05PM

Rafizi Ramli - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memberi fokus bagi mendapatkan lebih banyak penyertaan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dari negeri yang kurang sambutan dan memiliki ramai golongan miskin tegar.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kementeriannya akan memanggil pimpinan daripada pegawai kerajaan serta wakil rakyat agar bantuan itu dapat disalurkan kepada rakyat memerlukan. 

“Kementerian juga akan memanggil agensi terbabit dari daerah termiskin di Malaysia.

“Contohnya dari Tongod, Pitas, Kota Marudu, Beluran, Kudat, Telupid, Pusa, Nabawan, Kota Belud, Jeli, Kinabatangan, Kuala Krai, Gua Musang, Bachok, Pasir Mas, Tumpat, Besut, Marang, Hulu Terengganu, Machang dan Dungun,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sejak IPR dilancarkan pada 26 Februari lalu, Rafizi memaklumkan, seramai 22,319 pengguna mendaftar di laman sesawang rasmi ipr.epu.gov.my.

Jelasnya, daripada jumlah itu, 52 peratus adalah daripada pendaftaran Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN), manakala 29 peratus bagi Inisiatif Usahawan Tani (INTAN). 

“Sebanyak 19 peratus adalah dalam kalangan mereka yang memohon Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) serta 376 untuk ‘off-takers’ menunjukkan minat tinggi dalam program ini,” katanya. 

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, setakat ini, Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi, iaitu 34 peratus diikuti Johor (11 peratus) dan Perak (9 peratus).

“Kuala Lumpur pula mencatatkan kadar pendaftaran 8.5 peratus, diikuti Negeri Sembilan (6.3 peratus), Kedah (5.7 peratus), Sabah (5.7 peratus), Pulau Pinang (5.4 peratus) dan Pahang (3.3 peratus). 

“Manakala Melaka merekodkan jumlah sebanyak 2.7 peratus, Sarawak (2.4 peratus), Kelantan (1.7 peratus), Terengganu (1.5 peratus), Perlis (0.5 peratus), Putrajaya (0.4 peratus) dan Labuan (0.07 peratus),” katanya. 

Sementara itu, Rafizi memaklumkan, Malaysia menyertai Komuniti Sifar Bahan Buangan Asia (AZEC) secara rasmi bersama Jepun, Australia dan negara ASEAN lain, kecuali Myanmar.

Jelasnya, AZEC adalah inisiatif baharu bagi memacu peralihan tenaga daripada sumber hidrokarbon kepada sumber tenaga bersih dan tenaga boleh baharu (TBB). 

Katanya, ia juga mampu mengaspirasi sifar bersih pelepasan gas rumah kaca (GHG) yang lebih signifikan.

“Kerjasama dijalin melalui AZEC mampu membuka peluang kepada Malaysia untuk mempercepatkan pemindahan teknologi dan pembiayaan hijau agar dapat dimanfaatkan setiap lapisan masyarakat. 

“Kementerian Ekonomi akan memuktamadkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga untuk menterjemahkan Dasar Tenaga Negara kepada projek peralihan tenaga,” katanya. 

Tambahnya, ia akan diterajui pelbagai syarikat besar, sederhana dan kecil. 

“Kementerian berharap dapat mengemukakan pelan ini dalam tempoh tiga bulan dari sekarang,” katanya.

Kerajaan akan membantu kira-kira 130,000 orang rakyat tersusah tanpa mengira latar belakang kaum untuk keluar daripada belenggu kemiskinan melalui langkah lebih menyeluruh.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan IPR yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.

Katanya, sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan untuk 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR. - Getaran, 6 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula