web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buat Ujian Saringan, Cegah Kanser Dari Awal - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Feb 2021 2:54PM

Dr Noor Hisham: Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) meminta orang ramai melakukan ujian saringan serta di nasihatkan supaya mengenali tanda dan gejala awal kanser bagi mengelakkan ia lewat dikesan selain peluang untuk sembuh yang lebih baik.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pengesanan awal serta rawatan yang cepat dan berkesan memberi peluang yang baik kepada pesakit untuk sembuh.

“Peratus keseluruhan kes kanser yang dikesan lewat (peringkat III dan IV) meningkat daripada 58.7 peratus pada 2001 hingga 2011 kepada 63.7 peratus pada 2012 hingga 2016.

“Situasi ini adalah membimbangkan dan perlu diberi perhatian sewajarnya,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Kanser Sedunia hari ini.

Sambutan Hari Kanser Sedunia pada 4 Feb bertemakan ‘I Am and I Will’ (Saya Akan dan Saya Boleh), bertujuan mengajak orang ramai untuk menyokong dan sama-sama mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit kanser.

Susulan itu, Dr Noor Hisham berkata KKM sentiasa komited dalam menggalakkan orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat.

“KKM juga menyediakan perkhidmatan immunisasi Human Papilloma Virus (HPV) untuk murid sekolah perempuan di tingkatan satu bagi mencegah kanser serviks dan immunisasi Hepatitis B kepada bayi bagi mencegah kanser hati.

“KKM turut menyediakan perkhidmatan saringan kanser payudara, kolorektal, serviks dan mulut di seluruh negara secara percuma atau mendapatkannya di kemudahan swasta dengan kadar bayaran tertentu manakala bagi pesakit yang telah disahkan menghidap kanser, mereka perlu mendapatkan rawatan dengan segera,” katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, KKM amat prihatin dengan kesihatan dan kesejahteraan pesakit kanser terutamanya semasa pandemik COVID-19.

“Ini kerana pesakit kanser mempunyai sistem daya tahan yang rendah berbanding dengan orang lain dan lebih berisiko untuk mendapat jangkitan yang serius.

“Oleh itu, KKM mengambil langkah kawalan yang ketat di semua kemudahan kesihatan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) di laksanakan semasa janji temu dan rawatan pesakit kanser selain memastikan mereka menerima rawatan sewajarnya mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, kanser merupakan satu daripada penyakit kronik yang ditakuti dan boleh memberi impak negatif yang tinggi kepada pesakit, keluarga dan negara.

Beliau berkata jumlah kes kanser meningkat sebanyak 11 peratus pada tahun 2012 hingga 2016 berbanding tahun 2007 hingga 2011.

“Tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di negara ini ialah kanser payudara dengan 19 peratus diikuti kanser kolorektal atau usus besar (13.5 peratus) dan kanser paru-paru (9.8 peratus).

“Dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku iaitu 16.9 peratus dan dalam kalangan wanita pula adalah kanser payudara (33.9 peratus),” katanya.

Jelasnya, satu pertiga kematian kanser adalah dikaitkan dengan amalan berisiko iaitu berat badan berlebihan, kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, kurang melakukan aktiviti fizikal, pengambilan tembakau atau merokok serta pengambilan alkohol.

“Pengambilan tembakau merupakan faktor risiko paling penting untuk kejadian kanser dan menyumbang kepada 22 peratus kematian akibat kanser,” katanya. – Bernama
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Peningkatan Kes Kanser Semakin Membimbangkan, Kanser Payudara Paling Tinggi

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Bintang Beverly Hills 90210, Shannen Doherty, Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

4

Kisah Kita 7 bulan yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah