web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Institusi Islam Perlu Ditadbir Ulama, Profesional Bebas Pengaruh Politik – Sultan Sharafuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 8:49PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya peranan utama mentadbir institusi agama Islam diserahkan kepada golongan ulama dan profesional yang bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Baginda bertitah, bagi memastikan ia tercapai, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) berperanan memastikan mereka yang dilantik mampu melaksanakan tanggungjawab selari tuntutan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pihak Majlis Raja-raja atas pelantikan Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri dalam kalangan bukan ahli politik.

“Ia bagi menjamin prinsip pengasingan kuasa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan pentadbiran agama Islam di antara Eksekutif dan Raja-raja Melayu dipelihara. Ini juga bersesuaian dengan prinsip Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan.

“Dengan pelantikan Menteri Hal Ehwal Agama yang baharu ini adalah diharapkan hubungan kerjasama antara Persekutuan dan negeri dalam hal pentadbiran agama Islam akan terjalin lebih erat selari ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. 

“Seharusnya syiar Islam diletakkan di tahap tertinggi, lebih tinggi daripada persaingan yang mungkin boleh mengakibatkan konflik serta perpecahan ummah,” titah baginda selaku Pengerusi MKI sempena mesyuarat MKI ke-69 di Istana Melawati, Putrajaya, semalam.

Sultan Selangor bertitah, martabat Institusi Raja-Raja Melayu berada di atas sebarang percaturan parti politik kerana Institusi Raja-Raja Melayu ialah pemegang amanah yang menjadi tonggak kesetiaan rakyat.

Baginda turut menzahirkan harapan agar mesyuarat MKI itu akan menjadi titik tolak penting dalam usaha mengembalikan peranan mentadbir agama Islam kepada pihak yang berhak.

“Usaha ini amatlah penting agar MKI mampu mengimbangi antara kuasa, hak dan peranan Raja-Raja Melayu di dalam hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan serta menjaga hubungan baik dengan negeri-negeri. 

“Ia juga bertujuan memenuhi aspirasi umat Islam di Malaysia, terutama yang berkaitan dengan dasar bidang pengurusan, perundangan, pendidikan dan penyelarasan fatwa,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin juga berharap agar semua wakil rakyat dan menteri akan menumpukan usaha menyelesaikan pelbagai kemelut yang sedang dihadapi rakyat serta mengembalikan kemakmuran dan kegemilangan negara sebagaimana yang telah diamanahkan.

“Beta menyeru agar semua pihak memberikan sokongan dan dukungan padu kepada usaha mendaulatkan Islam dan memperkasakan MKI dan meletakkan pentadbiran Institusi Agama Islam di peringkat Persekutuan pada landasan yang sepatutnya.

“Wakil-wakil di negeri masing-masing juga hendaklah mengusulkan apa-apa cadangan yang telah dilaksanakan di peringkat negeri yang sesuai dikongsikan untuk kepentingan bersama bagi negara kita dan umat Islam,” titah baginda.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin turut memuji pendirian Perdana Menteri yang tidak mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta konsep negara sekular.

Titah baginda, jaminan itu bertepatan waktunya untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius memelihara prinsip Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. – Getaran, 7 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

2

Sukan 3 bulan yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

3

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

4

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan