web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Silap Hantar Mayat : Kerajaan Jangan Membisu, Pegawai Terlibat Perlu Dikenakan Tindakan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menjalankan siasatan terperinci ke atas kes kesilapan identiti seorang banduan, baru-baru ini.

Aktivis Masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, terdapat keperluan untuk Jabatan Penjara Malaysia dan agensi kerajaan berkaitan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga terlibat.

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Menurut beliau, isu berkaitan kematian amat sensitif untuk ditangani sambil lewa, apatah lagi apabila individu terbabit sedang berada di bawah tahanan polis.

“Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pegawai penjara yang terlibat, kerana memandang ‘sebelah mata’ prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sehingga mencetuskan kekeliruan.

“Perkara itu mungkin dilihat sebagai isu remeh temeh namun ketika ini, ia menjadi permasalahan besar dan bualan hangat oleh pelbagai pihak. Hal ini tidak seharusnya berlaku. Bila ada kesilapan sebegini, agensi berkaitan khususnya Jabatan Penjara perlu bertanggungjawab,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas peristiwa mengejutkan menimpa sebuah keluarga di Tampin, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Keluarga berkenaan yang sedang berkabung susulan kematian anak ketika berada dalam tahanan ‘terkejut besar’ apabila diberitahu insan kesayangan mereka itu sebenarnya masih bernyawa.

Lebih ‘menakutkan’, keluarga terbabit juga sudah menyediakan pelbagai persiapan untuk melaksanakan upacara persemadian mayat mengikut kepercayaan agama mereka.

Situasi sebenar hanya diketahui beberapa jam sebelum upacara terbabit dilakukan, apabila mereka dihubungi menerusi panggilan video oleh Jabatan Penjara, sekali gus mengesahkan pemuda tersebut yang berusia 19 tahun masih hidup.

Ia menimbulkan pelbagai persoalan, antaranya bagaimana pihak berkuasa boleh melepaskan mayat yang ‘salah’?

Apakah tugas pengecaman dan pemeriksaan silang identiti mayat dilakukan secara semberono?

Bapa tahanan itu, yang hanya dikenali sebagai Chantren, 45, berkata, mereka menerima panggilan daripada penjara memaklumkan anaknya meninggal dunia pada 2 Mac dan diminta supaya menuntut mayat pemuda berkenaan di Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, beliau menyedari mayat itu tidak menyerupai anaknya selepas bedah siasat ‘kerana ada kesan jahitan, malah kepalanya juga telah dibotakkan’.

Ibu tahanan, Parameiswary, 48, berkata dia ada membuat laporan polis di Jinjang mengenai kejadian itu dan mahu pihak berwajib bersemuka dengan keluarga mereka untuk memberi penjelasan secara hitam putih.

Susulan insiden, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan, pihaknya akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat secara terperinci insiden berkenaan.

Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail

Beliau turut menyatakan kesediaan membayar pampasan berjumlah RM20,000 yang dibelanjakan keluarga terbabit bagi menjalankan upacara persemadian mayat anak mereka.

Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, insiden itu jelas membuktikan wujud elemen kecuaian dan kelemahan sistem sehingga menyebabkan kekeliruan ketika proses pengecaman mayat selepas bedah siasat dilakukan.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat itu juga tidak menolak kemungkinan wujud salah guna kuasa oleh pihak yang terlibat sehingga terpaksa menyembunyikan sesuatu kesalahan, dan menjadikan keluarga tahanan seolah-olah kambing hitam.

“Mungkin sesuatu kesilapan dilakukan berkaitan sistem dan pengurusan tempat simpanan mayat namun disebabkan ia tidak boleh disebarkan, perkara itu disembunyikan.

“Sehubungan itu, kerajaan perlu pantas mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Ini perkara serius yang perlu disegerakan agar menjadi iktibar pada masa akan datang supaya masalah seperti ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Pakar kriminologi Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nazirah Hassan senada dengan Lam Thye dan menegaskan, ia secara jelas adalah kecuaian yang tidak seharusnya dilakukan oleh Jabatan Penjara dan hospital terlibat.

Dr Nazirah Hassan
Dr Nazirah Hassan

Menurut beliau, agensi kerajaan yang bertanggungjawab perlu memberi penerangan terbuka kepada orang awam agar pelbagai pihak, khususnya ahli keluarga dapat mengetahui punca kejadian tersebut berlaku.

“Saya rasa (ada) masalah dengan koordinasi Jabatan Penjara dan hospital. Sebarang pemakluman tentang banduan sakit atau meninggal dunia, sepatutnya pihak berkuasa itu dapat makluman dari jelas daripada hospital, barulah boleh dimaklumkan makluman itu kepada keluarga.

“Tidak sepatutnya insiden ini berlaku, ia menampakkan kegagalan sistem serta kecuaian pengurusan Jabatan Penjara dan hospital. Mereka perlu (beri) komen isu ini kerana mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Untuk rekod, Kementerian Dalam Negeri menyatakan terdapat 11 kematian di lokap polis pada tahun lepas, iaitu sembilan di kalangan Melayu, seorang Cina dan seorang warga asing.

Julat umur banduan yang maut di lokap membabitkan empat orang berumur antara 30 hingga 39 tahun, tiga orang berumur antara 40 dan 49 tahun, tiga orang berumur antara 50 dan 59 tahun, manakala dua orang berumur antara 60 hingga 69 tahun.

Tahun lalu, Jabatan Penjara juga merekodkan sembilan kematian banduan lelaki. Daripada jumlah itu, ia melibatkan empat orang Melayu, tiga orang Cina, seorang India, dan seorang Vietnam. - Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Kerajaan Cadang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Bekas Banduan Ganti Pekerja Asing

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Saifuddin Nasution Tidak Terbabit Urusan Tender - Jabatan Penjara

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lolos Dari Hospital, Banduan Dicekup Semula Selepas 17 Jam

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sambut Aidiladha Bersama Keluarga: Penghuni Penjara Sifatkan PBSL Sebagai Peluang Kedua

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula