web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pematuhan SOP: Dron Jadi ‘Mata’ Polis Di Bazar Ramadan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 8:12AM

Unit Drone, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman membuat tinjauan di Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 2 Mei. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dron sekali lagi menjadi ‘mata’ kepada pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila teknologi itu turut digunakan memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 dalam kalangan pengunjung bazar Ramadan di sekitar ibu kota.

Tinjauan Bernama di Bazar Ramadan Desa Pandan petang tadi mendapati pengoperasian dron itu digunakan untuk memantau pergerakan serta memberi amaran dan peringatan kepada pengunjung menerusi pembesar suara yang ada pada dron itu.

Video dan gambar akan dirakamkan dan boleh dilihat di pusat operasi unit dron yang ditetapkan bagi memantau pergerakan  pengunjung di bazar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi berkata pemantauan menggunakan dron selain kehadiran anggota polis di bazar Ramdan akan diteruskan sehingga menjelang Aidilfitri.

“Hari ini pengunjung tidak ramai seperti hari cuti dan hujung minggu … walau bagaimanapun polis tetap mengetatkan kawalan di semua pintu masuk bazar bagi memastikan penjarakan fizikal dipatuhi,” katanya.

Pada 1 Mei lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (kini Ketua Polis Negara) berkata polis menggunakan dron untuk memantau pematuhan SOP di bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di sekitar Lembah Klang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Abdullah, PM Bertembung Di Bazar Ramadan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia