web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Ulangi Amaran Tak Benar Wakil Rakyat Politikkan Masjid, Surau

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 1:36PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sekali lagi mengingatkan Ahli Parlimen supaya tidak menggunakan masjid dan surau di negeri berkenaan sebagai wadah politik untuk menyebarkan dakyah parti.

Dalam titahnya semasa perasmian Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, baginda mengulangi peringatannya supaya pihak berkuasa agama di negeri itu, memastikan hanya mereka yang bertauliah dan melepasi prosedur ditetapkan dibenarkan berdakwah di rumah ibadat berkenaan.

Malah, Sultan Sharafuddin mengarahkan pihak berkuasa negeri memastikan premis agama bebas daripada pengaruh politik.

“Masjid dan surau tidak seharusnya menjadi punca yang memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian umat Islam atas dasar fahaman serta dendam politik tidak berkesudahan.

“Namun, ini berlaku apabila ada pendakwah yang mengambil kesempatan semasa berucap untuk mengkritik, menghina, malah memfitnah orang tertentu atas dasar perbezaan ideologi politik.

“Beta khuatir budaya seperti ini jika tidak dibendung akan menjejaskan perpaduan umat Islam, khususnya orang Melayu,” titahnya.

Pada Mei 2021, Sultan Sharafuddin melarang aktivis politik daripada mengajar Islam di negeri berkenaan, memandangkan agama tidak boleh dipolitikkan dan dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak.

Minggu lalu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, mengeluarkan larangan sama terhadap ahli politik untuk berkhutbah di surau dan masjid di negeri itu.

Bagaimanapun, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tetap menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila di Parlimennya di Marang, Terengganu.

Mesyuarat pertama penggal keenam DUN Selangor ke-14 akan berlangsung dalam dua minggu akan datang, di mana penggubal undang-undang dijangka membincangkan dan meluluskan undang-undang negeri.

Ia adalah mesyuarat DUN terakhir sebelum dibubarkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan menjelang Jun tahun ini. – The Vibes, 13 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

2

Sukan 3 bulan yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

3

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

4

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki