web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kedai Dobi Layan Diri Terbakar, Pelanggan Cedera Ringan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 11:33AM

Kesan kebakaran kedai dobi yang hangus dijilat api. - Gambar dari Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPING - Seorang pelanggan yang dipercayai sedang membasuh dan mengeringkan bajunya di sebuah kedai dobi layan diri di Kamunting, di sini, berdepan detik cemas selepas kedai berkenaan terbakar, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, mangsa berusia lingkungan 30-an mengalami kecederaan di kaki dan tangan sebelum dibawa menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya yang menerima panggilan kejadian bergegas ke lokasi dan mendapati sebuah kedai dobi terbakar.

Katanya, pihaknya kemudian menjalankan operasi pemadaman dan berjaya mengawal api daripada terus merebak ke kedai bersebelahan.

“Terdapat seorang lelaki yang juga pelanggan kedai dobi berada di kedai berkenaan ketika kejadian dan mengalami kecederaan di bahagian kaki serta tangan.

“Mangsa kemudiannya dibawa oleh ambulans ke hospital berdekatan selepas mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar,” katanya.

Menurut jurucakap, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca berlakunya kebakaran itu dan operasi ditamatkan jam 11.38 malam. - Getaran, 5 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Terbakar: Pusat Kualiti Alam, JAS Pantau Pencemaran Udara, Air

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi