web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akuakultur Ikan Marin, Air Tawar Mampu Tingkatkan Sumber Pendapatan Penternak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 6:28PM

Mohamad berkata, hal tersebut selari dengan agenda pemerkasaan industri akuakultur yang telah digariskan sebagai satu daripada lima hala tuju dan fokus kementeriannya mulai tahun ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhasrat menjadikan sektor akuakultur ikan marin dan air tawar sebagai antara sektor utama bagi meningkatkan kadar sara diri (SSR) dan pendapatan penternak.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hal tersebut selari dengan agenda pemerkasaan industri akuakultur yang telah digariskan sebagai satu daripada lima hala tuju dan fokus kementeriannya mulai tahun ini.

Menurut beliau, pelbagai strategi telah dirangka bagi memastikan hasrat tersebut mampu direalisasikan, untuk menjadikan subsektor akuakultur ikan air tawar sebagai industri yang berdaya saing, sekali gus menjana pendapatan penduduk tempatan.

“Kementerian akan melaksanakan penyusunan semula kawasan akuakultur dan pemantapan aktiviti ternakan ikan air tawar dengan memberi fokus kepada peningkatan pengeluaran akuakultur air tawar.

“Antara spesies utama termasuklah patin, tilapia, dan keli dengan sasaran pengeluaran pada tahun 2025 berjumlah 150,000 tan metrik dan tahun 2030 berjumlah 214,000 tan metrik,” katanya dalam sesi jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Salamiah Mohd Nor (PN- Temerloh) yang mahu mengetahui, apakah usaha dilakukan kementerian itu untuk memastikan penternakan ikan air tawar menjadi antara sumber utama pendapatan penduduk tempatan.

Sidang Dewan diberitahu, Projek Integrasi Akuakultur (PPIA) juga akan dibangunkan bagi membina sistem sangkar bersepadu yang akan menyumbang kepada peningkatan pengeluaran akuakultur.

Jelasnya, 2,000 peluang pekerjaan dapat ditawarkan menjelang 2025 dengan sasaran pengeluaran 15,000 tan metrik sekiranya projek berkenaan berjaya dilaksanakan.

“Pemberian bantuan secara in-kind (peralatan dan input perikanan), pensijilan amalan baik serta menggalakkan dan memperluaskan penggunaan teknologi dalam akuakultur.

“Pada masa sama, kemudahan kredit melalui institusi-institusi kewangan kepada pengusaha akuakultur air tawar seperti Agrobank yang menawarkan pelbagai skim kredit kewangan,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, kementerian juga akan memperkasakan Pelan Pembangunan Baka dan Benih Akuakultur bagi mengatasi isu kebergantungan benih dan induk import.

“Sebagai contoh, Jabatan Perikanan Pahang merancang untuk membangunkan hatcheri ikan patin di setiap Daerah. Bagi peringkat permulaan, dua hatcheri ikan patin sedang dalam proses pembangunan di daerah Pekan,” katanya.

Mohamad turut memaklumkan pihaknya akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan melalui penawaran kursus dan program kemahiran teknikal bagi membantu menghasilkan pelbagai produk inovasi yang berasaskan ikan air tawar untuk dikomersialkan.

“Kementerian juga melaksanakan program untuk mempromosikan dan memasarkan produk perikanan bagi membantu pengusaha akuakultur air tawar memasarkan hasil ternakan.

“Ia akan melalui Pejabat Perikanan Negeri dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di outlet pemasaran seperti pasar tani kekal,” katanya. - Getaran, 15 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 18 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula