web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Adil EU Label Malaysia ‘Berisiko Tinggi’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 9:38PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat Eropah untuk menetapkan Malaysia sebagai ‘berisiko tinggi’ di bawah Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EU) adalah tidak wajar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tindakan itu tidak adil susulan Malaysia dan pekebun kecil tidak berisiko tinggi.  

Menurutnya, penetapan itu bertentangan dengan komitmen EU seperti digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG Goals) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Kadar penebangan hutan Malaysia secara relatifnya adalah sifar dan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) membuktikan komitmen kita terhadap piawaian kemampanan yang komprehensif.

“MSPO mesti diiktiraf oleh EU sebagai laluan kepada pematuhan peraturan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.  

Beliau berkata demikian bagi mengulas respons terhadap kebimbangan pekebun kecil dengan undang-undang tersebut.  

Semalam, lebih 500 pekebun kecil dari seluruh negara menandatangani petisyen bagi mendesak EU mengkaji semula peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR) yang bersifat diskriminasi.

Petisyen dikemukakan kepada Kedutaan Delegasi EU di Malaysia oleh enam wakil agensi dan persatuan sektor kelapa sawit.

Mereka meminta EU mengiktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan mengeluarkan Malaysia daripada kalangan negara berisiko sekiranya EUDR dilaksanakan.  

Fadillah berkata, pihaknya akan membawa suara pekebun kecil Malaysia yang melahirkan kebimbangan mengenai kesan serius Peraturan Penyahhutanan EU terhadap mata pencarian mereka dan penduduk luar bandar ke EU.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu memaklumkan, pekebun kecil bergantung kepada eksport minyak sawit, getah dan komoditi pertanian lain untuk menyara keluarga mereka.

“Namun, peraturan EUDR merupakan satu halangan perdagangan besar bagi pekebun kecil mengakses pasaran Eropah.  

“Itu akan mengakibatkan peningkatan kemiskinan, penurunan pendapatan isi rumah dan mengguga masyarakat luar bandar kita.

“Pekebun kecil berhak dilayan secara adil dan mesti dikecualikan daripada tuntutan peraturan tidak realistik,” katanya.  

Sehingga kini, jelasnya, kebimbangan dan tuntutan itu masih belum ditangani secara serius pemimpin EU yang mengakibatkan mata pencarian pekebun kecil Malaysia tidak menentu.

“Oleh itu, kita menggesa EU untuk membetulkan keadaan dengan berkesan dan secepat mungkin.  

“Kerajaan termasuk Kementerian Perladangan dan Komoditi komited untuk melindungi, menyokong, mempertahankan kebajikan serta mata pencarian pekebun kecil Malaysia,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Terpedaya Tawaran Tender Pajak Ladang, Pengarah Syarikat Kelapa Sawit Rugi RM1.03 Juta

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Aktiviti Pemburuan Lebih Jejaskan Biodiversiti, TPM Fadillah Selar Lobi Antiminyak Sawit

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dwirangkaian 5G Disifatkan Penyelesaian Menang-Menang - Penganalisis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 minit yang lalu

Fahmi Mahu Organisasi Media Berkaitan Segera Lunas Isu Tunggakan Gaji

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 19 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula