web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Jika Sukar Bayar Balik Pinjaman, Boleh Bincang Dengan MARA’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 9:00PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peminjam yang berdepan kesukaran untuk melunaskan bayaran balik pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) disarankan mengadakan perbincangan dengan agensi berkenaan.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ramai individu yang mengadu kepadanya setelah dihubungi agensi terbabit atau peguam supaya membuat bayaran balik pinjaman mereka.

Menurut beliau, prinsip asas dalam muamalah Islam berkaitan pinjaman (qard) adalah jelas bahawa setiap pinjaman yang dilakukan wajib dibayar.

“Namun untuk pemberi pinjaman pula wajar ada sikap ihsan dan bertimbang rasa.

“Ini termasuklah memanjangkan tempoh pembayaran balik jika seseorang peminjam itu mengalami kepayahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, beliau telah berbincang dengan bahagian pembayaran balik pinjaman MARA untuk bersikap ihsan dengan mengadakan perbincangan bersama peminjam yang berdepan kesukaran hidup.

Namun, beliau mendedahkan ramai yang akan menyepikan diri serta ‘buat tidak tahu’ apabila sudah tibanya tempoh pembayaran semula hutang dilakukan.

“Saranan saya kepada semua yang bertanya mengenai perihal ini agar berhubung dengan MARA untuk berbincang mengenai kaedah pembayaran balik jika benar-benar hadapi kepayahan.  

“InsyaAllah, MARA akan sentiasa berlaku ihsan dan bertimbang rasa,” katanya.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi komited bahawa aspek keberkatan dalam pembiayaan yang disediakan MARA menjadi fokus utama beliau.

Beliau tekad akan membantu MARA beralih kepada pembiayaan yang menepati kehendak syariah, selain lebih cekap dan tidak membabitkan kos yang tinggi.

Katanya, antara pembaharuan yang akan dilakukan itu termasuk, memastikan pembiayaan MARA yang digunakan untuk penciptaan kekayaan Bumiputera dan bebas riba.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pelantikan Asyraf Wajdi yang juga mantan Ketua Pemuda UMNO sebagai Pengerusi MARA.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut memaklumkan beliau sendiri menyerahkan watikah pelantikan kepada Asyraf Wajdi di pejabat kementeriannya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelantikan itu mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan rakyat yang mempertikaikan Asyraf Wajdi, sebelum ini dilantik sebagai Sekretariat Kerajaan Perpaduan. - Getaran, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Promosi Produk Tempatan Di Pasaran Antarabangsa Secara Kolektif, Berstruktur

2

Pendidikan 9 bulan yang lalu

Rakyat Setuju Bayaran Balik PTPTN Adalah Tanggungjawab Yang Perlu Dipenuhi

3

Politik 9 bulan yang lalu

UMNO Anjur Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Mulai Januari

4

Semasa 10 bulan yang lalu

MARA Teliti Keperluan Naikkan Kadar Biasiswa

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia