web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengeluaran KWSP: Kerajaan Tidak Akan Laksana Pendekatan Populis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 1:22PM

Rafizi Ramli berkata kerajaan tidak akan mengambil langkah bersifat populis demi kebaikan negara pada masa hadapan walaupun mendapat tekanan hebat daripada segelintir rakyat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Kerajaan tidak akan mengamalkan pendekatan yang populis dengan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata pengeluaran wang tersebut akan mengurangkan saiz dana itu secara mendadak dan memberi impak buruk kepada kemampuan dan fleksibilitinya, justeru, mengehadkan strategi pilihan pelaburan sehingga memberi kesan terhadap pembayaran dividennya kepada pencarum.

“Sekiranya kita menempuhi situasi pasaran yang mencabar pada 2023 dan 2024, kita perlu mempunyai satu dana yang sama-sama berdaya tahan dan teguh supaya kita dapat melindungi kebanyakan daripada pencarum KWSP yang pada asasnya merupakan pencarum kecil,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

“Jika kerajaan memilih pendekatan yang populis kerana kita mahu mengadakan pilihan raya negeri dan membenarkan pengeluaran tersebut, langkah itu akan memberi impak buruk kepada kemampuan KWSP untuk menguruskan dananya,” katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak akan mengambil langkah bersifat populis demi kebaikan negara pada masa hadapan walaupun mendapat tekanan hebat daripada segelintir rakyat.

“Tiada langkah bersifat populis. Kita sudah melalui fasa pentadbiran demi pentadbiran yang membuat keputusan untuk mendapat sambutan dan ‘like’di TikTok dan Facebook, dan kesannya kita merasainya sekarang,” katanya.

Terdahulu, Rafizi melancarkan tapak Mesin Layan Diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang pertama beroperasi di institut pengajian tinggi iaitu di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam di sini. 

Beliau berkata sebanyak 100 buah mesin layan diri akan diletakkan di tempat awam dan beberapa lokasi yang mendapat permintaan seperti di stesen transit aliran ringan dalam tempoh sebulan.

“Inisiatif IPR ini adalah antara usaha kerajaan dalam menggalakkan persaingan sihat antara peniaga dan tidak bergantung kepada suntikan dana daripada kerajaan semata-mata,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'