web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit Di 5 Lebuh Raya September Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 5:08PM

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengumumkan lima lebuh raya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka selewat-lewatnya pada September ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) mengumumkan lima lebuh raya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka selewat-lewatnya pada September ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, lima lebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.

Menurutnya, melalui sistem pembayaran terbuka ini, pengguna sudah boleh mula menggunakan kad debit dan kredit untuk pembayaran tol.

“Pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini adalah antara inisiatif awal sebagai peralihan ke arah system Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang sedang giat diusahakan.

“Dengan ini juga, Proof of Concept (POC) MLFF akan dijalankan sebelum akhir Oktober 2023 bagi menilai sistem MLFF sebelum ia dilaksanakan bagi kesemua lebuh raya di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, lokasi POC kini dalam rundingan dan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Katanya, pelaksanaan sepenuhnya MLFF akan dilakukan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

“Melalui pelaksanaan MLFF, sistem pembayaran terbuka akan dilaksanakan bagi kutipan tol untuk kesemua lebuh raya di Malaysia dan bakal membuka peluang kepada lebih ramai pihak pemberi kemudahan eWallet turut serta dan tiada lagi monopoli oleh pihak Touch N Go.

“Dengan itu, persaingan sihat akan wujud di antara pemain industri yang akan membuka lebih banyak pilihan kepada pengguna lebuh raya untuk membuat pembayaran tol, sekali gus memberikan kemudahan kepada mereka,” katanya.

Awal hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama dengan Kementerian dan Pengangkutan (MoT) dan KKR dalam tempoh terdekat bagi menentukan kaedah untuk mengaplikasikan sistem pembayaran terbuka, termasuk untuk kemudahan pengangkutan awam.

Katanya, mesyuarat itu susulan cadangan dikemukakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bagi memberi rakyat lebih banyak pilihan, selain menggunakan sistem pembayaran sedia ada seperti Touch n Go (TnG).

“Ketika di Parlimen, saya berbincang dengan Menteri Pengangkutan kerana beliau mengemukakan idea untuk ada sistem lain, selain TnG untuk rakyat mudah bayar parking, di lebuh raya dan seumpamanya.

“Jadi, hasil perbincangan itu, kami akan ada mesyuarat dengan pihak Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya.

Terdahulu, Anthony sudah mengarahkan semua agensi, termasuk operator pengangkutan awam di bawah kementerian untuk mengaplikasikan satu sistem pembayaran terbuka.

Beliau berkata, tempoh beberapa bulan diperlukan untuk mengintegrasikan sistem pembayaran terbuka itu. – Getaran, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Cadangan Hapus Tol Sukar Dilaksanakan - Ahmad

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Kenapa Tak Kunci Pintu Tu Betul - Betul?

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Hampir 5,000 Peniaga Didaftar Bawah Program ReDI Tahun Ini - Fuziah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiada Caj Tambahan, Hanya Bayar Ikut Kadar Tol Sebenar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula