web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwa PKR Lawan Al-Quran: Tuduhan Hadi Bahaya, Boleh Bawa Amalan Takfir

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 9:00PM

Abdul Hadi Awang - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menuduh PKR menentang al-Quran sebagai berbahaya dan boleh membawa kepada amalan takfir (menuduh seorang sebagai kafir)

Jurucakap MKM berkata, PKR hanya menolak sikap mempolitikkan agama serta pembawaan Islam yang ekstrem demi kepentingan politik, sebagaimana dilakukan parti pembangkang ketika ini.

“PKR tidak pernah menolak al-Quran, malah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sejajar dengan intipati al-Quran dan sunnah Rasulullah.

“Buktinya dasar Belanjawan 2023 Kerajaan Perpaduan meletakkan al-Quran dan hadis sebagai panduan dalam menegakkan prinsip tanggungjawab serta sistem nilai luhur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar tidak pernah menolak prinsip nilai agama Islam dalam politik, siasah dan pentadbiran negara. 

“Perkara itu terbukti apabila Malaysia Madani berkonsepkan Sahifah Madinah yang menegakkan keadilan, membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan agama dalam mengangkat negara.

“Pelaksanaan perkara itu adalah seperti mana diasaskan oleh beberapa ilmuan terkenal Islam, iaitu Al-Farabi, Ibn Khaldun, Syed Muhammad Naquib al- Attas dan Rashid al-Ghannushi,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Hadi menerusi kolum Minda Presiden PAS mendakwa PKR melawan al-Quran susulan seruan pemimpin mereka supaya ahli parti terbabit menyerang sebarang kenyataan ahli politik yang mempolitikkan agama.

Ia susulan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa ahli parti itu supaya 'menyerang' kenyataan ahli politik yang berkeras untuk mempolitikkan agama.

Pada ucapan penggulungan ketika Kongres Nasional Khas PKR Sabtu lalu, Saifuddin turut mengetengahkan kenyataan Abdul Hadi yang menurutnya dibuat secara menentang titah diraja.

Dalam pada itu, MKM turut menuntut semua pimpinan daripada mana-mana parti harus bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Tegasnya, tindakan mencetuskan ketegangan antara kaum dalam negara yang dibina oleh rakyat pelbagai bangsa boleh merencatkan proses pembangunan negara dan masyarakat. 

“Mempergunakan agama untuk mencapai kuasa politik bukan satu tauladan yang baik oleh mana-mana pemimpin.

“Malah, sebagai seorang agamawan, Abdul Hadi harus menyokong usaha Perdana Menteri untuk melahirkan masyarakat madani yang memfokuskan perkembangan ilmu dan pembinaan insan secara holistik,” katanya. – Getaran, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

3

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia