web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Cadangan Perkenal Semula GST Kerana… - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 7:56PM

Kerajaan belum bercadang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana ia bersifat regresif. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana ia bersifat regresif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu juga disebabkan rakyat masih dalam fasa pemulihan pasca krisis COVID-19 serta berdepan cabaran kos sara hidup.

“Inflasi makanan pada 2022 pada kadar 5.8 peratus dan ini lebih menjejaskan golongan berpendapatan rendah.

“Pada masa sama, GST juga merupakan cukai yang bersifat regresif,” katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Susulan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan untuk memperkenalkan GST hanya dapat dipertimbangkan setelah menambahbaik mekanisme cukai itu, berbanding sebelum ini supaya mampu mengurangkan impak kepada golongan berpendapatan rendah.

Malah katanya, ia juga mengambilkira pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang berada di landasan lebih kukuh.

“Sebarang perubahan polisi berkaitan cukai akan mengambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

“Kerajaan sentiasa mengawasi kedudukan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah fiskal bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan sederhana,” katanya.

Ketika pembentangan Belanjawan 2023, Anwar berkata, kerajaan mengambil pendekatan lebih progresif sebagai langkah baharu meluaskan asas cukai kepada mereka yang berkemampuan.

Ini termasuklah meningkatkan cukai pendapatan bagi individu dengan pendapatan bercukai melebihi RM230,000 setahun, selain pengumuman cadangan Cukai Barangan Mewah dan Cukai Keuntungan Modal ke atas jualan saham tidak tersenarai.

“Kerajaan akan terus mengadakan libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi mengkaji aspek pembaharuan sistem percukaian.

“Tidak semestinya ianya melibatkan GST. Terdapat juga ruang untuk menambahbaik Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada,” katanya. - Getaran, 23 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang