web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aaron Aziz Tampil Bersumpah Bersaksikan Al-Quran Dia Tidak Bohong, Dianiaya Oleh Syamsul Yusof

Pelakon ‘KL Gangster’ itu turut mengakui telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak kepada 90 kilogram setiap hari dengan membakar 1,000 kalori semata-mata kerana filem ‘The Original Gangster’.

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 8:00AM

Aaron Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah pengarah sensasi Syamsul Yusof mendedahkan punca sebenar Datuk Aaron Aziz, digugurkan daripada membintangi filem arahannya yang berjudul ‘The Original Gangster’, kini hero popular itu pula tampil menceritakan kisah bagi pihaknya.

Malah, Aaron turut tampil bersumpah bersaksikan Al-Quran bahawa dia tidak bohong dan telah dianiaya oleh Syamsul Yusof sehingga namanya digugurkan pada saat akhir selepas pelbagai usaha dan pengorbanan dilakukan bagi filem tersebut.

Menurut Aaron, pelbagai inisiatif dibuatnya, demi komitmen watak dan juga bagi memenuhi permintaan pengarah filem, termasuk menyuntik ubat kurus (steroid) bagi mengurangkan kenaikan badannya secara mendadak.

Tangkap layar video di laman Instagram Aaron Aziz
Tangkap layar video di laman Instagram Aaron Aziz

Kata Aaron, namun semua usaha dilakukan dibuang mentah-mentah dan namanya digugurkan pada saat akhir atas alasan usia dan kesihatannya.

Tambah Aaron lagi, hingga ke hari ini Syamsul tidak bersedia berjumpa dengannya walaupun berkali-kali dia mengajak untuk berbincang secara bersemuka berkenaan isu ini.

“Aku ajak kau jumpa, kau tak nak. Bila kau nak (dirinya berlakon dalam filem), kau datang rumah aku dengan cara baik, bila tak nak kau buang aku macam sampah.

“Aku ajak kau jumpa supaya kau boleh tengok badan aku dah kurus atau tidak. Aku nak kena tunjuk kau semua dan bahkan, sanggup cakap dengan penerbit terima watak lebih kecil, itu pun kau tak nak juga.

“Orang lain yang nak sangat dengar cerita yang betul-betul, inilah yang berlaku. Lihatlah. Depan Al-Quran aku cakap, ini yang sebenarnya yang berlaku.

“Aku tak bohong. Kau suruh aku cucuk ubat kurus, aku cucuk hari-hari macam orang gila. Sakit, sakit, sakit,” jelas Aaron menerusi satu video di Instagramnya sambil menunjukkan kesemua bekas jarum ubat cucuknya.

Pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz, 47, itu turut mendedahkan bahawa Syamsul pernah datang ke rumah sebanyak, tiga kali dan menawarkan watak dalam filem terbaharunya dan pada ketika itu memang pengarah filem muda berkenaan memang sudah maklum mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya.

“Pada tahun 2021, kau datang rumah aku dan tawar aku watak bagi filem baharu kau, suruh aku blok jadual selama tiga bulan, tapi takde progress.

“Selepas itu, tahun lepas 2022 kau datang rumah aku tiga kali, kononnya nak berbual pasal KL Gangster. Rupa-rupanya pasal filem lain, filem kau yang sekarang bikin itu, (The Original Gangster).

“Kau dah tahu aku ada sakit leher dan kau tahu punca sakit aku, tapi kau datang rumah aku tiga kali. Kita bincang, bini aku masakkan kau kuetiau. Siap tambah apa semua.

“Jangan nak tipu, kata tak tahu aku ada masalah leher. Kau memang dah tahu. Nak kurus ikut berat yang kau nak memang mustahil tapi aku masih cuba.

“Nak cakap aku bohong, kau jawab sendiri kat Padang Mahsyar ... Allah sebagai saksi nanti,” tegasnya.

Menurut video yang berdurasi lapan minit itu, pelakon ‘KL Gangster’ itu turut mengakui telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak kepada 90 kilogram (KG) dan setiap hari dengan membakar 1,000 kalori.

Dalam pada itu, pelakon ‘Ombak Rindu’ itu turut mendedahkan, ketika watak bagi filem ini ditawarkan oleh pengarah berkenaan, dia diberitahu bahawa babak ‘aksi’ yang melibatkan dirinya tidak banyak.

Namun setelah penggambaran bagi filem ini bermula, watak yang diberi kepadanya agak berat dan paling banyak dengan babak gaduh secara fizikal.

Dalam video sama, Aaron juga mempersoalkan ketelusan Syamsul mengajak dia terlibat dalam filem ‘The Original Gangster’ apabila orang suruhannya menghantar pita uji bakat dirinya dalam situasi atau keadaan tidak bersedia.

Tangkap layar video di laman Instagram Aaron Aziz
Tangkap layar video di laman Instagram Aaron Aziz

“Kau punya budak ambil (hantar) video aku waktu aku tengah belajar lagi. Aku tak tahu pergerakan apa semua.

“Kalau dia cakap pengarah nak tengok, mesti aku buat betul-betul. Kau jumpa aku semua pun apa tidak.

“Benda berlaku masa training pun, aku tak nak cakap sebab malu pihak terlibat nanti. Tiada masalah ‘speed’ atau kelajuan aku.

“Kau tak percaya aku dah kurus tapi kau tak nak jumpa aku. Jangan cakap belakang kau ada 10 orang sebab belakang aku ada 10,000 orang,” tegasnya.

Terdahulu, Syamsul mendedahkan keputusan menggugurkan nama Aaron daripada filem ‘The Original Gangster’ adalah disebabkan masalah kesihatan dan usianya.

Menurut Syamsul, Aaron juga digugurkan kerana beberapa sebab lain antaranya saiz fizikal yang mengundang pelbagai kebimbangan dalam kalangan penerbit dan pelakon lain.

Kata Syamsul, keputusan itu adalah hasil perbincangan bersama rakan penerbit lain, pelakon dan kru yang terlibat. - Getaran, 24 Mac 2023.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 minggu yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kes Perceraian Terus Berpanjangan, Puteri Sarah Liyana Dakwa Talak Pernah Jatuh Sebanyak Dua Kali 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi