web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Syarikat Korporat, Individu Disaran Selaraskan Bantuan Ramadan, Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 9:20AM

Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri Program Singgah Moreh Bersama Komuniti Gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur hari tadi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat korporat dan individu yang ingin menyumbangkan bantuan kepada golongan gelandangan sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri disarankan supaya  menyelaraskan sumbangan berkenaan melalui jabatan terlibat seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN). 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat.

Selain itu, langkah berkenaan juga untuk mengelakkan berlakunya pembaziran kerana kebiasaannya terdapat lebihan sumbangan berbanding jumlah yang diperlukan golongan itu.

“Pada bulan Ramadan ini terlalu ramai (golongan) yang hendak dapatkan pahala. Jadi pada waktu berbuka puasa, sahur atau moreh, makanan berlebih-lebihan.

“Maka saya ingin sarankan kepada syarikat atau individu yang mahu menyumbang agar selaraskan sumbangan dengan YKN, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana kita mahu sumbangan itu sampai kepada kumpulan sasaran,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian dalam ucapannya pada Program Singgah Moreh bersama Komuniti Gelandangan di Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata semua pihak mesti mencari jalan jangka masa panjang untuk menyelesaikan beberapa permasalahan melibatkan kumpulan gelandangan termasuk bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, menghadapi masalah kesihatan mental dan sakit berpanjangan. 

Katanya, perkara ini penting bagi memastikan jumlah gelandangan yang kini kira-kira 11,000 orang di seluruh negara, tidak terus bertambah pada masa hadapan.

“Pendekatan kita ialah tidak bekerja secara silo sebaliknya bekerja dengan lain-lain kementerian dan jabatan untuk selesaikan masalah itu. 

“Pada masa sama, kita lihat institusi keluarga juga jangan lepaskan tangan kerana kalau kita hanya harapkan pihak kerajaan maka masalah ini tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata bagi menghargai keprihatinan syarikat swasta, individu dan badan korporat dalam menyumbang bantuan kepada golongan gelandangan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR), kerajaan juga akan mengusahakan pengecualian cukai bagi bantuan itu kepada mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

2

Semasa 1 bulan yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 14 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’