web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sulaiman Mohon Rakyat Sokong Kepimpinan Baharu Kerajaan Melaka

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 12:53PM

Sulaiman Md Ali turut memohon kemaafan dan keampunan daripada rakyat Melaka atas segala kelemahan, kesilapan, kesalahan dan kekhilafan sepanjang beliau menerajui kepimpinan kerajaan negeri itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Bekas Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali menyeru rakyat di negeri itu agar terus memberikan sokongan, dukungan dan kerjasama terbaik kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri yang baharu sama seperti yang diberikan kepadanya sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu turut menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan keampunan daripada rakyat Melaka atas segala kelemahan, kesilapan, kesalahan dan kekhilafan sepanjang beliau menerajui kepimpinan kerajaan negeri itu. 

“Hari ini, sempena ‘sayyidul ayyam’ (hari Jumaat), adalah hari terakhir saya memegang amanah mengetuai dan memimpin pentadbiran kerajaan negeri Melaka sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 bermula dari 9 Mac 2020 yang lepas.

“Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada rakyat Melaka yang dikasihi, atas segala sokongan, dukungan, pandangan, cadangan mahupun kritikan yang diberikan sepanjang saya melaksanakan amanah tersebut.

“Akhirul kalam, saya dan keluarga mendoakan agar seluruh rakyat dan negeri Melaka yang dicintai terus diberikan keselamatan, keamanan dan kemajuan sebagai sebuah negeri ‘baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam dilaporkan berkata ADUN Tanjung Bidara yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dicadangkan oleh parti itu sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari dipetik sebagai berkata Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia, akan dilangsungkan  di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam pada pukul 3 petang ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 8 bulan yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

2

Politik 8 bulan yang lalu

Ahli Parlimen Tanjong Karang Nyata Sokongan Terhadap PM, Kerajaan Perpaduan

3

Politik 9 bulan yang lalu

Dakwaan Ahli Parlimen Kerajaan Akan Sokong PN Hanya Spekulasi - Fahmi

4

Politik 10 bulan yang lalu

Bukit Gantang Sokong PMX, Ajak 2 Mantan PM Bina Masyarakat Madani

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki