web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mogok Doktor Kontrak Tetap Diteruskan Esok

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 10:00PM

Mogok Doktor Malaysia meminta semua doktor kontrak yang menyokong gerakan itu supaya mengambil cuti sakit (MC) atau cuti kecemasan (EL) sepanjang tempoh berkenaan. - Gambar tangkap layar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Meskipun dilarang oleh Kementerian Kesihatan (KKM), kumpulan doktor kontrak tetap akan meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula esok.

Kumpulan terbabit yang dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia di Instagram meminta semua doktor kontrak yang menyokong gerakan itu supaya mengambil cuti sakit (MC) atau cuti kecemasan (EL) sepanjang tempoh berkenaan.

Malah katanya, mereka tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan beramai-ramai atau berdemonstrasi.

“Bagi menyokong gerakan kami, ubah gambar profil kepada hitam atau monokrom (kelabu).

“Bukan doktor kontrak pula, sila datang kerja dengan memakai pakaian hitam. Ambil MC atau EL pada 3 hingga 5 Mac ini,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, kumpulan tersebut turut menasihati orang ramai supaya tidak datang ke fasiliti kerajaan, sebaliknya menyarankan mereka mendapatkan rawatan di klinik atau hospital swasta.

“Untuk makluman, semua hospital kerajaan dan klinik kesihatan dijangka lumpuh esok hingga Rabu depan, terutama bahagian kecemasan, dewan bersalin dan klinik pesakit luar.

“Orang ramai diminta agar pergi ke klinik atau hospital swasta atau bersabar menunggu di fasiliti kesihatan awam. Waktu menunggu dijangka lebih panjang daripada waktu biasa,” katanya.

Sebelum ini, kumpulan terbabit mendakwa seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok tersebut.

Dalam memorandum yang diserahkan kepada kerajaan, KKM dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada 21 Februari lalu, mereka menuntut semua pegawai perubatan kontrak diserapkan ke jawatan tetap, tanpa sebarang syarat atau temu duga, selain meningkatkan gaji asas serta kadar oncall pakar perubatan dengan pegawai perubatan.

Pada masa sama, kumpulan terbabit juga meminta pihak berkaitan mengatasi masalah kekurangan pakar perubatan, pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah dengan segera.

“Turut dituntut supaya mengurangkan khidmat wajib seseorang pegawai perubatan kepada tiga tahun secara automatik tanpa permohonan.

“Selain itu, mengurangkan waktu bekerja dan oncall untuk pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah. Oncall tidak boleh melebihi enam kali sebulan, waktu bekerja tidak melebihi 60 jam seminggu.

“Pihak berkenaan juga diminta meluluskan penempatan semula ke wilayah asal selepas dua tahun berkhidmat di Sabah, Sarawak, Labuan tanpa sebarang syarat,” katanya.

Awal hari ini, KKM mengingatkan seluruh kakitangannya supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram.

Peringatan itu selaras dengan Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011 yang melarang penjawat awam terlibat dalam aktiviti sedemikian.

Semalam, Dr Zaliha berkata, Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak.

Menurut beliau, penubuhan jawatankuasa itu akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, termasuk pembabitan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Katanya, protes bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan isu yang membabitkan sektor kesihatan.

“KKM menyedari isu doktor kontrak adalah isu lama diwarisi daripada kerajaan terdahulu, sejak ia diperkenalkan pada 2016 lagi, akibat lambakan keluaran doktor di pasaran ketika itu.

“Isu ini telah dibincangkan di Mesyuarat Kabinet semalam (kelmarin) yang akhirnya bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu berkenaan,” katanya. – Getaran, 2 April 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 28 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 58 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini