web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Lelaki Cemas Terperangkap Di Ruangan Mesin ATM Bank Di Mersing

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 7:11AM

Dua lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap kira-kira setengah jam di ruangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank, di sini tengah malam semalam - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Dua lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap kira-kira setengah jam di ruangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank, di sini tengah malam semalam. 

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.10 tengah malam selepas pintu automatik (roller shutter) bank berkenaan tertutup. 

Beliau berkata susulan itu, Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu menyelamatkan mangsa. 

"Bagaimanapun, pintu itu telah dibuka oleh kakitangan bank berkenaan kira-kira 30 minit kemudian dan kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. 

Abdul Razak turut menasihati orang ramai agar peka dan mematuhi notis yang dikeluarkan oleh mana-mana institusi perbankan mengenai waktu operasi dan amaran mengenai tempoh masa pintu yang ditutup secara automatik. 

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 18 saat dalam media sosial yang memaparkan dua lelaki terperangkap di dalam bank berkenaan dengan kehadiran beberapa anggota polis dan JBPM di pekarangan bank itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka