web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cukai Barangan Mewah Bukan Alternatif Kepada GST - Kementerian Kewangan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Apr 2023 6:58PM

Steven Sim Chee Keong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cukai barangan mewah yang akan diperkenalkan seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023, bukanlah alternatif kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata Kementerian Kewangan (MOF) juga sedang memperhalusi cadangan pelaksanaan cukai berkenaan, termasuk struktur percukaian seperti jenis barang yang dikategorikan sebagai barangan mewah, nilai ambang mengenakan cukai tersebut serta kadar terbabit.

“Kaedah pengenaan cukai juga sedang diperhalusi sama ada memperkenalkan cukai baharu atau memperluas skop sistem percukaian sedia ada,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara, hari ini.

Berikutan itu, Sim berkata MOF sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk pengilang, peruncit dan industri pelancongan dalam memastikan cadangan pelaksanaan cukai barangan mewah itu dapat diterima baik oleh semua pihak, mudah dilaksanakan dan tidak memberi kesan negatif ke atas sektor pelancongan dan peruncitan negara.

“Ia diperkenalkan bagi mengenakan cukai ke atas barangan yang dianggap bukan keperluan dan dibeli oleh golongan berkemampuan dan berpendapatan tinggi,” katanya.

Jelas beliau, prinsip perluasan asas cukai adalah untuk meningkatkan hasil negara tanpa membebankan golongan yang kurang berkemampuan.

Justeru, katanya, kerajaan belum bercadang untuk memperkenalkan semula GST kerana sebarang perubahan dasar berkaitan cukai akan memberi kesan bukan sahaja kepada ekonomi, malah ke atas kos sara hidup rakyat.

“Ketika rakyat bergelut dengan pelbagai cabaran kos sara hidup dalam fasa pemulihan pasca pandemik COVID-19 ini termasuk kadar inflasi, ini bukanlah masa yang sesuai untuk pengenalan semula GST,” katanya.

 Beliau berkata, kerajaan juga sememangnya menjalankan kajian berterusan dalam meneliti secara menyeluruh satu sistem percukaian yang seimbang, adil dan saksama supaya dapat menyokong dan meningkatkan kutipan hasil cukai negara tanpa membebankan rakyat selain berdaya saing terhadap ekonomi negara.

Menyentuh Belanjawan 2023, Sim berkata ianya menyasarkan bantuan yang lebih strategik, berkesan dan bersasar kepada golongan memerlukan dengan mempertimbang keadaan inflasi dan ekonomi negara.

“Belanjawan 2023 juga bertujuan membina semula golongan (berpendapatan sederhana) M40 yang amat terjejas sejak lebih dua tahun akibat pandemik COVID-19 yang mana pendapatan mereka turun lebih daripada 50 peratus, di samping membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana,” katanya.

Persidangan Dewan Negara pada Rabu telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) tanpa pindaan dengan lebih suara yang bersetuju. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Dewan Negara Lulus Usul Kajian Separuh Penggal RMK12

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Dewan Negara Lulus RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2023

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengalaman Luas Layakkan Wan Junaidi Dilantik Yang Dipertua Dewan Negara - Fadillah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad