web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Tak Mahu Bergaduh Tapi Tetap Akan 'Londehkan' Dr Mahathir

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Apr 2023 4:48PM

Perdana Menteri turut membidas sikap Dr Mahathir, kerana berulang kali memburukkan orang Melayu dan menggelarkan kaum berkenaan sebagai bangsa yang pemalas dan mudah lupa. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menjawab segala tuduhan, dan membentangkan bukti salah laku yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menerajui pentadbiran negara selama 22 tahun. 

Menurut Anwar, beliau tidak pernah berniat untuk bertelagah dengan mantan Perdana Menteri itu.

Katanya, beliau hanya mempertahankan kenyataan dibuat sebelum ini mengenai kekayaan dimiliki Dr Mahathir dan keluarganya.

“Saya tak mahu gaduh, saya jawab, dia minta bukti, saya akan bagi bukti, tak ada masalah.

“Yang awak nak saya gaduh dengan (Dr) Mahathir lagi pasal apa, sudahlah,” katanya pada sesi Dialog bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.

Perdana Menteri turut membidas sikap Dr Mahathir, kerana berulang kali memburukkan orang Melayu dan menggelarkan kaum berkenaan sebagai bangsa yang pemalas dan mudah lupa.

Menurut beliau, sudah ramai dalam kalangan golongan profesional dan pakar terdiri daripada orang Melayu, sekali gus membuktikan dakwaan terbabit jelas tidak benar. 

“Kalau bercakap soal Melayu, Melayu ini malas, Melayu ini tak reti terima kasih, mudah lupa, semua negatif. Betul ke budaya Melayu begitu?

“Tak betul, bangsa mana tak ada yang malas, semua bangsa ada. Bangsa mana yang mudah lupa, semua bangsa ada lupa, namun Melayu telah melahirkan tokoh besar pemikir besar. Sarjana besar ada, begitu juga Cina, India, Dayak dan Kadazan, tapi jangan menghina,” tegasnya. 

Anwar bagaimanapun tetap mengakui dan memuji kejayaan serta prestasi yang dicapai oleh pentadbiran Dr Mahathir sebelum ini, walaupun bekas Ahli Parlimen Langkawi itu telah melemparkan beberapa tuduhan kepadanya. 

“Mengenai Tun M ini jangan bimbang, tak apalah saya cakap pentadbiran (beliau) ada baiknya juga, tetapi masalahnya kerosakan diberikan banyak, sistemnya,” katanya.

Dr Mahathir pada 28 Mac lalu memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri untuk menarik semula kenyataannya yang didakwa mengandungi unsur fitnah.

Mantan Pengerusi PEJUANG itu berkata, notis tuntutan yang dibuat pada 27 Mac lalu menuntut Anwar menarik semula kenyataan itu dan sekiranya gagal, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Anwar juga dilaporkan menyelar sikap seorang bekas pemimpin yang dilihat mengeluh dengan nasib orang Melayu dan mendakwa mereka tertindas di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Walaupun beliau tidak menamakan pemimpin terbabit, namun Anwar memberi gambaran dengan angka ’22 tahun dan 22 bulan’ yang merujuk kepada tempoh pentadbiran Dr Mahathir. - Getaran, 7 April 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia