web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Pengampunan Najib Tidak Timbulkan Keretakan Dalam Kerajaan Perpaduan 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 8:34PM

Najib Tun Razak - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan UMNO untuk merayu pengampunan bagi bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak akan menimbulkan keretakan dalam Kerajaan Perpaduan. 

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat ketetapan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ia susulan pengampunan diraja adalah kuasa dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, usaha UMNO itu juga tidak akan memberi sebarang tekanan atau dilema kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana persoalan tersebut tidak relevan dan tidak berbangkit.

Hassan Abdul Karim - Gambar fail
Hassan Abdul Karim - Gambar fail

“Perkara 42(4) (a) dibaca dengan Fasal (3) Perkara 40 menyatakan Agong bertindak dalam hal pengampunan itu selepas berunding dengan Lembaga Pengampunan, bermakna nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri tidak diperlukan.

“Anwar dan kerajaan pimpinannya akan selamat dalam badai yang datang bersama momentum usaha pengampunan Agong yang digerakkan UMNO jika Perdana Menteri dan jemaah Menterinya mengambil sikap mematuhi doktrin pengasingan kuasa," katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. 

Mengulas lanjut, Hassan berkata, kerajaan digesa untuk tidak sama sekali campur tangan dalam bidang kuasa Agong bagi menangani isu tersebut mengikut peruntukan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang cukup jelas dari Fasal (1) hingga Fasal (13).

“Ada hikmahnya dalam kuasa pengampunan ini bahawa Perdana Menteri tidak ada kuasa menasihati Agong untuk mengambil sesuatu tindakan di bawah Perkara 40(1) iaitu baginda hendaklah bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

“Perkara ini tidak terpakai dalam hal pengampunan diraja. Peruntukan berkenaan menyelamatkan Perdana Menteri dari desakan dan asakan UMNO supaya Najib diampunkan,” katanya. 

Dalam pada itu, Hassan berkata, Perkara 42(4)(b) jelas menyatakan bahawa Agong menjalankan kuasa pengampunan itu mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan mengikut Fasal (5) Perkara 42.

Di bawah peraturan itu, katanya, Lembaga Pengampunan terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab (Perkara 42(11)) dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang dilantik oleh Agong.

“Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab di bawah Perkara 42(11) itu bukan Perdana Menteri tetapi Menteri Dalam Negeri. Ini membebaskan Anwar sebagai Perdana Menteri dari beban memutuskan soal pengampunan diraja itu.

“Kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah besar dalam soal pengampunan ini. Misalnya Lembaga Pengampunan hendaklah bermesyuarat dengan kehadiran Agong dan baginda hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu (Perkara 42(8)),” katanya. 

Sehubungan itu, Hassan berkata, Perdana Menteri tidak boleh dipersalahkan dan menjadi mangsa UMNO sekiranya proses pengampunan Najib lambat atau ditolak. 

Jelas beliau, jika doktrin pengasingan kuasa dihormati dan dipatuhi, maka kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dan kerajaan perpaduan pimpinannya akan selamat dari diganggu-gugat.

“Isu berbangkit adakah Lembaga Pengampunan telah bermesyuarat sedangkan Najib telah memfailkan permohonan pengampunan sejak Ogos tahun 2022 dan kes semakan keputusan Mahkamah Persekutuan ditolak pada 31 Mac 2023 dengan keputusan 4-1?

“Ini bermakna “bola digelanggang” Lembaga Pengampunan. Maka logiklah jika UMNO menggerakkan momentum memohon Agong memberi pengampunan kepada Najib dengan “by-pass” Perdana Menteri kerana beliau tiada kuasa dalam hal pengampunan diraja,” katanya. 

Bagaimanapun, Hassan berpandangan sukar untuk Agong memberikan pengampunan kepada Najib susulan mantan Perdana Menteri itu masih mempunyai tiga kes utama yang sedang dibicarakan di mahkamah. 

“Agong boleh memberi pengampunan kepada Najib  Razak dalam kes rasuah SRC International yang melibatkan RM42 juta kerana mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

“Namun, Najib ada tiga kes lain berasingan yang belum selesai iaitu pertama, kes rasuah 1MDB membabitkan penyelewengan RM2.28 bilion; kedua, kes pengubahan wang haram SRC International berasingan melibatkan RM27 juta; dan ketiga, kes pecah amanah International Petroleum Investment Companya (IPIC) bernilai RM 6.6 bilion.

“Dalam tiga kes di atas, yang belum selesai perbicaraan di mahkamah, maka Agong tidak ada kuasa untuk memberi pengampunan,” katanya.

Semalam, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat ketetapan untuk merayu pengampunan bagi bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat pada mesyuarat bulanan MKT UMNO yang berlangsung semalam. - Getaran, 8 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia