web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RM7.2 Bilion Nilai Projek Kepada Kontraktor Jana Wibawa Di KKDW Dibatalkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 9:00AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MACHANG - Sebanyak RM7.2 bilion nilai projek yang diserahkan kepada kontraktor Program Jana Wibawa membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibatalkan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan untuk membatalkan tender tersebut dilakukan oleh Kementerian Kewangan dan projek itu akan ditender semula.

"Kita tahu ada sedikit gangguan dari segi pelaksanaan dan yakinlah sekiranya tata etika dan peraturan diikuti ia akan dilakukan dengan segera, insya-Allah projek itu akan siap dalam tempoh yang ditentukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Kelantan 2023 di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, di sini semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata syarikat yang terbabit dalam projek Program Jana Wibawa yang dilaksanakan ketika pandemik COVID-19, berpeluang menyertai tender terbuka yang akan dikeluarkan kerajaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Jana Wibawa: Muhyiddin Mohon DNAA 3 Tuduhan Pengubahan Wang Haram

2

Politik 1 tahun yang lalu

Sudah-Sudahlah Desak Ahmad Zahid Berundur, Ini Masa Kukuhkan Negara!

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Saifuddin Nasution Tidak Terbabit Urusan Tender - Jabatan Penjara

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Bebas Empat Pertuduhan Guna Kedudukan Untuk Suapan Berkaitan Jana Wibawa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki