web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pasar Tani Bagi Jualan Khas Syawal Madani Ditambah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 10:00AM

KPKM dan FAMA juga akan memastikan 30 barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) mencukupi buat pengguna - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersetuju menambah 10 lagi outlet pasar tani di seluruh negara bagi melaksanakan Jualan Khas Syawal Madani bermula Sabtu ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini sebagai tambahan kepada 103 outlet yang diumumkan sebelum ini susulan permintaan ramai.

Beliau berkata ia juga dibuat setelah pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan KPKM memastikan bekalan barangan mencukupi bagi Ramadan dan Syawal ini.

 “FAMA juga akan cuba untuk cukupkan barang (keperluan) termasuk ikan, sayur, minyak masak dan barangan utama lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan banjir kepada golongan petani dalam kawasan Parlimen Sri Gading di sini malam ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata kementeriannya dan FAMA juga akan memastikan 30 barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) mencukupi buat pengguna.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Abdul Rashid Bahri berkata kesemua pasar tani berkenaan memfokuskan kepada jualan barangan keperluan bagi menyambut Aidilfitri.

Ia akan beroperasi selama enam hari hingga 20 April dengan harga barangan yang berpatutan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Politik 6 bulan yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Skim Perubatan MADANI Tampung Keperluan Kesihatan - Penerima

4

Semasa 7 bulan yang lalu

El Nino: Tanaman, Sumber Bekalan Makanan Tempatan Tidak Terjejas - Mohamad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah