web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skim Perubatan MADANI Tampung Keperluan Kesihatan - Penerima

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 9:24PM

Skim Perubatan MADANI merekodkan lebih satu juta lawatan pesakit bagi rawatan sakit-sakit ringan percuma di klinik swasta berdaftar - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR  - Skim Perubatan MADANI yang diperkenalkan kerajaan pada 15 Jun lepas disifatkan beberapa penerima di negeri ini sebagai inisiatif yang amat membantu mereka dalam mendapatkan rawatan selain menjimatkan masa dan kos.

Seorang suri rumah Khadijah Mahmud, 37, berkata beliau telah mendapat manfaat daripada skim berkenaan selepas mengalami bengkak di bahagian muka baru-baru ini dan telah dirawat di sebuah klinik swasta tanpa dikenakan bayaran.

"Alhamdulillah, saya layak menerima Skim Perubatan MADANI sebanyak RM250 ini sejak tahun lepas. Apabila baru-baru ini saya mengalami bengkak pada bahagian muka, saya terus ke klinik swasta berhampiran tanpa perlu risau bayaran bil rawatan.

"Ini sangat membantu meringankan kos perbelanjaan perubatan keluarga," kata ibu kepada dua anak itu kepada BERNAMA baru-baru ini.

Khadijah Mahmud - gambar BERNAMA
Khadijah Mahmud - gambar BERNAMA

Berkongsi pandangan sama, suri rumah Siti Robedah Nayan, 37, dari Simpang Empat, Arau berkata menerusi skim itu, beliau dan suami tidak perlu lagi bimbang mengenai bil rawatan yang perlu ditanggung ketika mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata beliau sekeluarga lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan kesihatan di klinik swasta memandangkan klinik kesihatan berada jauh iaitu sekitar 15 kilometer daripada kediamannya.

"Dengan adanya skim ini, ia sangat menjimatkan masa apabila saya boleh ke klinik swasta berhampiran dalam keadaan kecemasan," katanya yang turut memberitahu suaminya dapat menjimatkan RM250 dan ia digunakan untuk memenuhi keperluan persekolahan anaknya.

Mahasiswa, Muhammad Izzuddin Mahamad Izahar, 24, yang turut menerima manfaat skim berkenaan pula berkata langkah kerajaan memperkenalkan Skim Perubatan MADANI boleh mengurangkan bebanan petugas kesihatan di klinik kesihatan kerajaan selain dapat memendekkan masa menunggu.

Pada 14 Disember lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilapor berkata Skim Perubatan MADANI merekodkan lebih satu juta lawatan pesakit bagi rawatan sakit-sakit ringan percuma di klinik swasta yang berdaftar, sejak skim itu diperkenalkan.

Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40.

Skim itu ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah, dengan membantu menampung kos rawatan sakit-sakit ringan di klinik swasta yang berdekatan, tanpa sebarang caj. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Politik 6 bulan yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Harga Barangan Keperluan: Kerajaan Sedaya Upaya Bantu Rakyat - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Falsafah Madani Tidak Mampan Jika Transformasi Teknologi Tidak Disertai Ihsan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah