web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harga Barangan Keperluan: Kerajaan Sedaya Upaya Bantu Rakyat - PM

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2023 12:27PM

Anwar Ibrahim - gambar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedaya upaya melakukan yang terbaik dalam membantu rakyat mendepani permasalahan berkaitan harga barang keperluan ketika ini. 

Mengakui masalah berkaitan perkara itu wujud, Anwar berkata beliau sudah meminta Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri KPDN Datuk Fuziah Salleh untuk memberikan perhatian berhubung perkara itu. 

Katanya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memfokuskan mengenai isu berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL).

“Memang ada masalah, saya akui, harga barang dan keperluan, kita lihat beberapa negara sudah ada keresahan sosial besar kerana sekatan eksport beras, peningkatan cukai eksport bawang.

“Itu semua beri kesan kepada ekonomi dan (harga) barang, tapi kita cuba tangani,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Ulang Tahun Jubli Intan Lembaga TH yang ke-60 di Menara TH.

Ditanya sama ada pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dijadualkan hari ini akan menyentuh mengenai ura-ura rombakan kabinet, beliau berkata ia hanya merupakan pertemuan mingguan yang biasa dilakukannya dengan Seri Paduka.

“Mungkinlah, mungkin, nanti saya fikir. Tak ada keperluan mendesak pun sebab yang kosong cuma satu,” kata Perdana Menteri. 

Ketika ini kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lepas, masih belum diisi. 

Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam masa terdekat, dengan beberapa menteri diramal digugurkan dan dakwaan rombakan itu hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil Pelangai pada 7 Okt ini. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi