web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Falsafah Madani Tidak Mampan Jika Transformasi Teknologi Tidak Disertai Ihsan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 8:41PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) melawat reruai pameran pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak ICT Huawei Malaysia 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Falsafah Madani tidak boleh menjadi mampan sekiranya Malaysia hanya melihat semata-mata dari segi perubahan atau transformasi teknologi tanpa diiringi dengan prihatin dan ihsan untuk memastikan setiap rakyat di negara ini diberikan akses kepada kesalinghubungan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ia bukan hanya soal teknologi tetapi untuk memastikan setiap rakyat daripada setinggan bandar atau miskin bandar hingga ke kawasan terpencil di Sabah atau Sarawak diberi peluang dan akses kepada kesalinghubungan.

“Jika tidak, pada fikiran saya, ia tidak mampan,” katanya pada ucapan penutup Sidang Kemuncak Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Malaysia 2023 anjuran Huawei Technologies (M) Sdn Bhd hari ini.

Anwar menegaskan bahawa kemampanan bukan untuk memanfaatkan segelintir orang, golongan elit bandar atau konco kerajaan tetapi untuk memberi manfaat kepada semua rakyat di negara ini.

Perdana Menteri juga berkata transformasi digital memerlukan budaya pemikiran, sikap dan kesediaan baharu, bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk berkongsi dan rentak itu mesti berubah. 

“Kita perlu bertindak balas dengan sewajarnya bukan sahaja melalui transformasi digital tetapi untuk memastikan terdapat kemudahan menjalankan perniagaan dan dasar yang lebih jelas.

“Itulah sebabnya mengapa kita melancarkan Ekonomi Madani, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu dan malah kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12),” katanya.

Anwar menekankan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan yang sangat berani untuk memastikan negara mendapat manfaat daripada perubahan luar biasa, kemajuan dan pembangunan dalam industri teknologi maklumat.

“Pentadbiran yang lepas memutuskan untuk hanya satu rangkaian sahaja tetapi saya fikir selepas perbincangan dan perbahasan yang lebih meluas dan malah orang seperti saya perlu mempelajari lebih mendalam inovasi dan teknologi, kami telah membuat keputusan untuk membenarkan dwi rangkaian dan itulah keputusan untuk penyertaan Huawei yang lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata ia bukan satu keputusan yang mudah kerana pandangan konvensional di beberapa bahagian di dunia adalah mengenai keselamatan dan kapasiti industri baharu.

“Kita di Malaysia, dengan Falsafah Madani dan Ekonomi Madani ini, memutuskan, dan saya percaya sewajarnya, bahawa apabila kita (mendapat manfaat) dari Barat, kita juga harus mendapat manfaat daripada Timur,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini