web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Makanan Tidak Selamat, 14 Premis Makanan Di Bazar Ramadan Diarah Tutup 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 6:16PM

Kesemua premis berkenaan adalah sebahagian daripada 640 lokaliti bazar Ramadan yang telah dilawati di seluruh negara. - Gambar hiasan Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat belas premis makanan telah diarahkan tutup bagi tempoh 23 Mac hingga 16 April lalu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, kesemua premis berkenaan adalah sebahagian daripada 640 lokaliti bazar Ramadan yang telah dilawati di seluruh negara.

Menurut beliau, perintah penutupan premis tersebut dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. 

“KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan operasi kebersihan dan keselamatan makanan di Bazar Ramadan bermula 23 Mac lalu.

“Operasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh Malaysia ini melibatkan pemeriksaan premis dan pensampelan makanan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan dilaksanakan bagi memastikan makanan yang disediakan dan dijual adalah selamat serta mematuhi kehendak Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Menerusi operasi ini, sejumlah 51,849 premis telah diperiksa, manakala bagi pengendali makanan pula, pemeriksaan telah dilakukan ke atas  104,755 pengendali makanan telah diperiksa.

“Sejumlah 93 peratus (96,911 pengendali makanan) mempunyai suntikan anti-tifoid dan 84 peratus lagi (87,832 pengendali makanan) telah menghadiri latihan pengendali makanan,” katanya.

Jelas beliau, 2,188 notis di bawah Seksyen 32B, Akta Makanan 1983 dengan nilai kompaun dianggarkan berjumlah RM197,600 telah dikeluarkan kepada pemilik premis, wakil premis dan pengendali makanan atas pelbagai jenis kesalahan.

Antara lain katanya, kesalahan itu termasuk tidak menjalani latihan pengendali makanan, tiada suntikan anti-tifoid dan pakaian pengendali makanan.

“Sehingga 18 April, KKM telah menerima 17 aduan makanan di bazar Ramadan 2023 di seluruh negara. 

“Sebanyak 15 aduan telah selesai disiasat manakala dua masih dalam proses siasatan dan tindakan pembetulan serta nasihattelah diberikan kepada pengusaha premis yang terlibat,” katanya.

Jurucakap itu menarik perhatian, KKM sehingga 13 April lalu telah menerima dua laporan  kejadian keracunan makanan yang berlaku di bazar Ramadan. 

Kedua-dua kejadian tersebut katanya, disebabkan oleh makanan yang telah dibeli di bazar Ramadan iaitu di bazar Ramadan Asia City, Kota Kinabalu, Sabah dan bazar Ramadan UiTM Segamat, Johor. 

“Kesemua kes telah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berdekatan. 

“Pendidikan kesihatan dan edaran risalah juga telah diberikan kepada pengurusan bazar, kes yang terlibat dan kontak yang terdedah,” katanya.

Jurucakap itu menambah, empat notis kompaun di atas kesalahan tidak mematuhi pakaian pengendali makanan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 turut dikeluarkan kepada peniaga di bazar UiTM Segamat. 

“Tapak bazar Ramadan UiTM Segamat juga telah diarahkan ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Beriangkit 1988.

“Sempena lebaran yang akan tiba, KKM ingin menasihati pengguna dan orang ramai untuk sentiasa peka dengan aspek keselamatan makanan,” katanya. 

Orang ramai juga jelas beliau, perlu memastikan amalan pengendalian makanan yang bersih dan sanitasi sentiasa diamalkan terutama semasa menyediakan juadah hari raya atau ketika menganjurkan rumah terbuka.

“Sentiasa amalkan kebersihan dir seperti membasuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas. 

“Sila "lihat, hidu dan rasa" sebelum makan dan jadikan anya amalan sebagai langkah menghindari keracunan makanan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh  menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah tau Jabatan Kesihatan Neger terdekat.

“Merekq juga boleh melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di pautan www.facebook.com/bkkmhq,” katanya. - Getaran, 20 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global