web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serangan Penjenayah Siber: 20 Pelanggan AKPK Alami Kebocoran Data Peribadi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 7:00AM

Jurucakap AKPK berkata kesemua data tersebut diterbitkan di web gelap oleh penjenayah siber - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 20 pelanggan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berdepan situasi tidak dijangka, apabila data peribadi mereka bocor.

Jurucakap AKPK berkata, kebocoran tersebut melibatkan nama dan nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Nasional (NRIC) masing-masing.

Menurut beliau, kesemua data tersebut diterbitkan di web gelap oleh penjenayah siber.

“Siasatan kami dengan pakar keselamatan siber pihak ketiga mash diteruskan dan AKPK sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menangani kemungkinan lebih banyak data pelanggan kami diterbitkan,” katanya.

AKPK pada 30 Mac lalu mengakui sistem teknologi maklumat mereka menjadi mangsa pencerobohan penjenayah siber.

Dedah mereka, pelayan agensi itu yang mengandungi data mungkin sudah diakses secara haram.

AKPK juga sedang bekerjasama secara berterusan dengan pihak berkuasa berkaitan.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap itu berkata, semua pelanggan mereka dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada.

“Untuk perhatian umum, segala maklumat dalam pemilikan penjenayah siber adalah hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang. 

“Oleh itu, sebarang perolehan, penggunaan dan penyebaran maklumat yang sama merupakan satu kesalahan jenayah,” tegasnya.

AKPK jelas beliau, mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan penjenayah siber kerana menyasarkan orang awam yang memerlukan bimbingan kewangan.

“Perbuatan ini amat keji dan berniat jahat kerana semua pelanggan ini bergantung kepada AKPK untuk membantu mereka,” katanya.

Jurucakap itu memberitahu, AKPK bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital serta CyberSecurity Malaysia dalam menjalankan siasatan menyeluruh. 

“Kami juga sedang berusaha untuk mengenal pasti maklumat khusus yang telah diakses secara haram serta memaklumkan kepada pelanggan yang terjejas.

“Kami menyedari situasi ini amat membimbangkan dan dengan ikhlas memohon maaf,” katanya. 

Beliau berkata, AKPK akan terus mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan kesan pencerobohan tersebut.

“Kami juga menghubungi pelanggan kami tentang pelanggaran keselamatan ini dan membantu mereka mengambil langkah yang perlu untuk perlindungan masing-masing. 

“Kakitangan kami juga akan member nasihat kepada pelanggan dalam menangani perkara berkaitan dengan pelanggaran tersebut,” jelasnya.

Beliau menarik perhatian, AKPK telah memutuskan untuk menyahaktifkan beberapa sistem operasi agensi buat sementara waktu dalam mengelakkan risiko selanjunya. 

“Kami juga sedang mengembalikan sistem kami secara berperingkat dan akan memberi kenyataan rasmi yang terkini. 

“Kami juga melaksanakan pengaturan operasi yang perlu bagi meneruskan perkhidmatan kami kepada pelanggan,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pelanggan boleh mengajukan sebarang persoalan kepada Pusat Panggilan Khusus AKPK di talian 03 26167766, atau pun melayari laman web AKK. 

“Pelanggan juga boleh melawati cawangan AKPK yang berhampiran di https://www.akpk.org.my/ms/branches.

“Sejak 2006, AKPK komited dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia secara percuma dalam memperkasa daya tahan kewangan mereka,” katanya. - Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

2

Ekonomi 6 bulan yang lalu

Google Sekali Lagi Siar Data Kadar Pertukaran Asing Ringgit Tidak Tepat - BNM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Azalina, Fahmi Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkaitan Jenayah Siber

4

Semasa 8 bulan yang lalu

PADU: Data Dikawal Selia Akta Sedia Ada, Tak Perlu Gusar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang