web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Majikan Perlu Sedia Struktur Kemajuan Kerjaya Pekerja - MEF

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 7:22AM

Dr Syed Hussain Syed Husman juga mengingatkan agar tiada sebarang diskriminasi di tempat kerja dan semua pekerja perlu dilayan secara adil dan saksama - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kalangan majikan perlu bertindak menyediakan struktur kemajuan kerjaya pekerja masing-masing bagi membolehkan perkembangan jangka panjang terbabit dapat dilihat, sekali gus membantu usaha menarik dan mengekalkan bakat terbabit.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata adalah penting bagi majikan untuk mempunyai disiplin dalam mewujudkan amalan tempat kerja yang adil serta bertanggung jawab. 

Dalam kenyataan bersempena sambutan Hari Pekerja hari ini, beliau juga mengingatkan agar tiada sebarang diskriminasi di tempat kerja dan semua pekerja perlu dilayan secara adil dan saksama.

“Kemampuan pekerja dalam menunaikan tanggung jawab juga perlu diiktiraf dan diberi ganjaran berdasarkan merit.

“Malah, sebagai majikan, kita perlu sentiasa menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat, pekerja dilatih serta berkemahiran untuk melakukan kerja masing-masing.

“Kita perlu memastikan gaji dan manfaat yang diberikan adalah sejajar dengan kadar pasaran, risiko dan kebertanggungjawaban pekerjaan tersebut,” katanya.

Syed Hussain berkata pekerja juga diharapan untuk mematuhi kehendak organisasi kerja masing-masing dan keamanan serta keharmonian industri perlu dikekalkan bagi membolehkan negara terus maju.

“Bagi tujuan itu, MEF ingin berterima kasih kepada majikan dan kesatuan sekerja masing-masing di atas persefahaman serta kerjasama ketika tempoh sukar dan mencabar akibat pandemik COVID-19 yang menyaksikan aspek harmoni itu dapat dikekalkan.

“Ini menerusi usaha meletakkan asas yang tepat bagi membolehkan ekonomi negara pulih dengan lebih pantas dan baik,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Memang Boleh Buat P-Hailing, Tapi Sampai Bila?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini