web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Marahkan Kerajaan, Papan Iklan Jadi Mangsa Contengan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 1:31PM

Kakitangan PPSMP dan MBMB mengecat semula panel iklan di Kampung Air, Melaka yang menjadi mangsa vandalisme. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Angkara tidak berpuas hati dengan kerajaan, panel iklan di sekitar Sungai Melaka menjadi mangsa perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Keseluruhan panel iklan di siar kaki di Kampung Air, menjadi mangsa melepaskan amarah apabila diconteng dengan tulisan 'Kerajaan Gagal' menggunakan semburan cat berwarna merah dan hitam.

Kejadian itu kemudian tular di laman sosial selepas disedari penduduk setempat dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Datuk Murad Husin berkata, tindakan vandalisme ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mencemarkan imej industri pelancongan negeri.

Beliau berkata, pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan perbuatan itu tidak boleh diambil mudah, menyebabkan tindakan tegas akan diambil ke atas individu bertanggungjawab.

"Sekiranya tertangkap, pelaku akan dikenakan tindakan mengikut akta pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pasukan 'Emergency Response Team' (ERT) PPSPM bersama penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menjalankan pemantauan lebih kerap di kawasan itu," katanya.

Menurut beliau, pihaknya segera mengambil tindakan pantas untuk memadam contengan tersebut dengan dibantu MBMB sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian.

"Kejadian itu dapat diselesaikan segera apabila panel iklan yang diconteng kemudian dicat semula oleh pihak PPSPM dan MBMB," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi memaklumkan pihak belum menerima sebarang laporan berkaitan insiden vandalisme itu.

"Setakat ini (3.45 petang) masih belum terima laporan polis," katanya. – Getaran, 12 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia