web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPN Bawa Rayuan Masyarakat Cina Berhubung SOP Tahun Baru Cina Ke MKN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 4:04PM

KPN akan bawa rayuan masyarakat Cina berhubung SOP Tahun Baharu Cina kepada MKN - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan membawa pandangan dan rayuan masyarakat Cina berhubung prosedur operasi standard (SOP) sambutan Tahun Baru Cina berkaitan majlis makan besar keluarga dan kehadiran ke rumah ibadat tokong, untuk perhatian Majlis Keselamatan Negara (MKN).

KPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan SOP Tahun Baru Cina itu disediakan setelah pihak kementerian berbincang dengan 21 badan pertubuhan agama, persatuan kebudayaan Cina dan pihak berkaitan pada 12 dan 18 Jan lepas.

Antara persatuan yang terlibat semasa perbincangan pada 12 Jan lepas ialah Malaysian Buddhist Association, Persatuan Agama Taoisme Malaysia, Malaysian Chinese Muslim Association, Persatuan Kebudayaan Han Malaysia dan Malaysia-China Chamber of Commerce and Industries.

Persatuan yang hadir pada 18 Jan lepas pula antaranya Cheng Ho Multi Culture Education, Malaysian Faith And Culture Interaction Kuala Lumpur dan Huazhong Malaysia.

Menurut KPN, sebarang pengumuman berkaitan pandangan dan rayuan yang dimasukkan dalam SOP Tahun Baru Cina akan diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan beberapa SOP untuk sambutan Tahun Baru Cina pada 12 dan 13 Feb ini, antaranya hanya membenarkan aktiviti majlis makan besar diraikan bersama ahli keluarga dari rumah yang sama sahaja.

Aktiviti perayaan yang tidak dibenarkan pula meliputi upacara sembahyang di tokong, ziarah rumah ke rumah, rentas daerah dan negeri serta persembahan dan kebudayaan seperti persembahan tarian singa atau tarian naga, perarakan 'tanglung, perarakan 'chingay' dan persembahan opera cina atau pertunjukan pentas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 7 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

2

Jelajah 7 bulan yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

10,000 Hadiri Rumah Terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'