web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKD Teliti Pasang Internet Satelit Di 200 Kampung Di Kelantan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 9:34AM

Fahmi Fadzil berkata kesemua perkampungan berkenaan adalah kawasan yang sukar diakses kerana terletak di luar bandar atau pedalaman - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti pemasangan internet satelit di 200 kampung seluruh Kelantan agar penduduk kawasan berkenaan dapat manfaat rangkaian internet yang lebih baik.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata kesemua perkampungan berkenaan adalah kawasan yang sukar diakses kerana terletak di luar bandar atau pedalaman.

“Sebelum kita buat ikhtiar atau program kita mesti buat kajian rapi bagi memastikan penyelesaikan itu sesuai dengan manfaat tempat berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Agihan Bakul Makanan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Kelochor di sini hari ini.

Justeru beliau berkata pihaknya akan mengkaji semula model internet satelit di beberapa lokasi luar bandar yang digunakan sebelum ini bagi memastikan kesesuaiannya.

Sementara itu Fahmi berkata pihaknya akan memastikan rakyat menerima maklumat tepat melalui media arus perdana sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Secara am prinsip demokrasi, rakyat berhak mendapat maklumat. Kita akan teliti dan mengambil kira kesesuaian serta ekspektasi apa yang rakyat inginkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata tidak sepatutnya wujud dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan persekutuan meminggirkan negeri Kelantan.

"Mereka perlu mendengar sendiri bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan sejumlah projek dan peruntukan yang diberikan khusus untuk memastikan pembangunan di negeri Kelantan berterusan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama Perdana Menteri di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini. - Bernama

 

Berita Berkaitan

1

Politik 3 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 6 hari yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 1 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan