web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Teruskan Usaha Teroka Ilmu Tanpa Pinggirkan Khazanah Ilmu Kemanusiaan - PM Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 4:14PM

Anwar Ibrahim berkata ilmu asas yang menekankan kepada nilai dan akhlak perlu diberikan keutamaan yang sama pentingnya dalam membangunkan negara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Usaha untuk meneroka ilmu dan teknologi baru tidak harus terputus dari kaitannya dengan khazanah ilmu kemanusiaan yang diperoleh di peringkat awal kehidupan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ilmu asas yang menekankan kepada nilai dan akhlak perlu diberikan keutamaan yang sama pentingnya dalam membangunkan negara.

“Satu aspek yang sangat penting dalam negara MADANI ialah negeri-negerinya harus makmur… berkembang maju, tetapi mesti berakar kepada keyakinan. Mesti meletak soal nilai dan akhlak sebagai paksinya,” kata beliau.

Berucap semasa merasmikan Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi'i di sini hari ini, Anwar berkata kelemahan besar dunia barat dari sudut pemikiran dan falsafah adalah kegagalan mereka mengaitkan ilmu baru yang diperoleh dengan khazanah ilmu yang diwarisi mereka sebelum itu.

"Oleh kerana terputus, maka muncul ilmu dan teknologi baru yang penting tetapi hilang nilai, ehsan, rahmah dan kemanusiaannya," kata beliau.

Mengambil contoh amalan di Sarawak, Anwar berkata rakyat negeri itu sudah lama mewarisi prinsip "li ta' arafu", satu konsep dalam Islam yang menekankan toleransi dan hormat menghormati antara kaum yang berbeza.

“Li ta'arafu itu bukan sahaja toleransi tetapi arif, tahu, kita kenal, kita hormat perbezaan, kepelbagaian dan ini juga menjadi tonggak di Sarawak yang kita harapkan akan dipupuk dalam negara MADANI,” kata beliau.

Seminar yang bertemakan ‘Kelestarian Fiqh As-Syafi’i Dalam Memacu Kemakmuran Ummah’ menghimpunkan kira-kira 1,300 peserta daripada Malaysia, Brunei, Indonesia, Jordan dan Yaman.

Ia dianjurkan Jabatan Mufti Sarawak dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sebagai antara acara sempena Sambutan 60 tahun Kemerdekaan Sarawak menerusi penubuhan Malaysia.

Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan beberapa menteri dan timbalan menteri negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia