web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sindiket Edar Ganja Guna Bekas Biskut Raya Tumpas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 4:12PM

Dua lelaki tempatan berusia 27 dan 29 tahun turut ditahan di sekitar bandar raya ini kira-kira 12.05 tengah hari, dipercayai terlibat dalam sindiket berkenaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya mematahkan sindiket pengedaran ganja menggunakan taktik menyimpan bahan itu dalam bekas biskut raya dan kacang susulan serbuan dijalankan di bandar raya itu pada 11 April lepas.

Pengarah Kastam Johor Misbahudin Parmin berkata dua lelaki tempatan berusia 27 dan 29 tahun turut ditahan di sekitar bandar raya ini kira-kira 12.05 tengah hari, dipercayai terlibat dalam sindiket berkenaan.

Beliau berkata ganja terbabit yang dipercayai diedar menggunakan kurier ke Sarawak, berjaya dirampas menerusi serbuan di sebuah premis syarikat penghantaran dan sebuah rumah di bandar raya ini, pada hari sama.

“Sebanyak sembilan bungkusan dirampas dalam serbuan di syarikat penghantaran itu yang mengandungi 10 ketulan mampat disyaki ganja, ia disembunyikan dalam bekas lut sinar mengandungi biskut raya dan kacang.

“Manakala di sebuah rumah pula, kita menemukan beberapa ketulan tumbuhan mampat dan tidak mampat dipercayai ganja, dengan keseluruhan rampasan ganja adalah sebanyak 24 kilogram di kedua-dua lokasi,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengenai kes berlainan pula, Misbahudin berkata pihaknya merampas sebanyak 7,242 tin dan botol minuman keras bernilai RM230,000 dipercayai diseludup dari Eropah dan China pada 17 April lepas.

Beliau berkata kesemua minuman keras itu dirampas hasil serbuan di sebuah premis yang dipercayai dijadikan tempat penyimpanan di Kawasan Perindustrian Gelang Patah, di Iskandar Puteri.

“Hasil pemeriksaan terhadap premis yang tidak berpenghuni itu, kita menemukan sejumlah minuman keras pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai.

“Bagaimanapun tiada individu ditahan dalam kes ini dan usaha mengesan pemilik premis giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

4

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 18 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN