web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Didakwa Langgar SOP, Polis Akan Panggil Azmin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2021 9:06AM

Azmin Ali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan beberapa individu lain untuk membantu siasatan dakwaan ingkar prosedur operasi standard (SOP) pada Aidilfitri pertama, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Fadzil Ali berkata, turut akan dipanggil adalah ahli keluarga Azmin, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di rumah menteri berkenaan, adiknya, Ummi Hafilda Ali dan beberapa individu lain.

Katanya, siasatan dibuat susulan satu laporan polis diterima pihaknya kira-kira jam 3 petang semalam, membabitkan hantaran Facebook atas nama Ummi Hafilda Ali yang tular di media sosial.

“Hantaran itu tular dan mendapat perhatian netizen berhubung dakwaan ahli keluarga Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 13 Mei (1 Syawal) di kediaman rasmi Datuk Seri Mohamed Azmin di Jalan Presint 10/7, Presint 10, Putrajaya,” katanya.

Menurut Mohd Fadzil, tindakan itu adalah satu kesalahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP ditetapkan.

“Maklumat awal mendapati sambutan dan jamuan raya tersebut hanya di kalangan ahli keluarga Datuk Seri Mohamed Azmin yang mendiami kediaman tersebut.

“Keterangan petugas yang menjaga Pos Kawalan Kediaman Rasmi tersebut juga mengesahkan pada tarikh 13 Mei tiada pergerakan keluar masuk tetamu seperti  hantaran Facebook yang telah tular di media sosial itu,” katanya.

Ummi Hafilda adalah adik perempuan kepada Mohamed Azmin.

Mohd Fadzil turut mengingatkan pengguna media sosial agar berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang ataupun jabatan. - Getaran, 15 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘Sabar Sikit Min, Tak Lama Lagi Nak Masuk Skim Usia Emas’ - Amirudin

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

19 April Cuti Tambahan Sekolah Sempena Aidilfitri - Fadhlina

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Bekalan Ayam Mencukupi Sehingga Aidilfitri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiket Tren ETS Tambahan Sempena Raya & Hari Pekerja Boleh Dibeli Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia